Salesman atau jurujual jarang sekali mendapat tempat di hati sebagai pilihan kerjaya. Kanak-kanak jika ditanya apa cita-cita bila besar, hampir tiada yang menjawab nak jadi salesman.

Namun, dalam setiap kehidupan seharian kita sebenarnya menjual sesuatu. Ahli politik menjual ideologinya dengan pelbagai nama. Contohnya, 1 Malaysia, Politik Sejahtera dan Matang antara pakej yang mahu dijual kepada rakyat Malaysia.

Anak-anak kecil pun menjual. Teknik sales anak kecil amat berkesan, jarang sekali ibu bapa dapat menolak rayuan anak kecil mahukan aiskrim.

Seorang CEO juga menjual. CEO yang bagus pandai menjual ideanya kepada lembaga pengarah, bank dan pekerjanya.

Yang paling handal tentulah doktor. Kita sakit dan terpaksa pula membayar bil. Either you buy or die. Apa ubat dan rawatan kita setuju tanpa sebarang objection.

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W juga menjual.

Jadi kalau semua orang pun menjual kenapa segan menjadi salesman.

Stigma

Namun kerjaya seorang salesman dibayangkan seorang yang pushy, menekan, memaksa dan kadang-kala misleading. Salesman juga banyak bercakap dan tidak pedulikan apa yang perasaan pelanggan.

Sebenarnya kerjaya sales adalah kerjaya yang mulia tidak kurangnya dengan kerjaya guru atau jurutera.

Dalam sebuah syarikat, jika pasukan sale tidak buat kerja, bagaimana nak bayar gaji kakitangan lain umpamanya.

Jika kita sendiri sebagai salesman juga rasa yang kerja sale ni orang menyampah, maka itulah apa yang kita akan dapat nanti.

Maka seorang salesman mesti melihat dirinya bukan setakat menjual barang tetapi memberi lebih nilai kepada orang di sekelilingnya.

Yang lebih bernilai bukan barang yang kita jual, tetapi pelanggan. Dengar ceritanya dulu sebelum kita cerita produk kita.

Jadikan orang jatuh cinta dengan kita. Kalau dah suka apa sahaja yang kita ada mahu dibelinya. Bahkan dicanangkan pula nama kita kepada kawan-kawannya yang lain.

Jadi, hakikat menjual sebenarnya ialah dengan kelihatan tanpa menjual. Inilah yang saya namakan the art of professional selling.

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Financekerjaya jurujual

Stigma Menjadi Salesman
Tagged on:

One thought on “Stigma Menjadi Salesman

  • April 13, 2016 at 10:08 am
    Permalink

    bagus banget nih triknya, maksih yah sudah sharing šŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *