Kajian yang dibuat oleh Asian Institute of Finance mendapati Unit Trust menjadi pilihan majoriti oleh Gen Y sebagai alat pelaburan berbanding melabur dalam saham atau simpanan tetap.

Ramai labur unit trust

Manakala statistik daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menunjukkan pelaburan unit trust mewakili 21% daripada total market capitalization di Bursa Malaysia.

statistik unit trust

Pemilikan Bursa Malaysia turut dikuasai oleh pelabur-pelabur asing, agensi kerajaan, korporat dan juga individu. Ini pelabur kategori Jerung.

Dengan sebanyak RM 340 billion nilai pelaburan unit trust, menunjukkan unit trust menjadi medium pelaburan utama untuk pelabur-pelabur bilis.

Saya ingin memberi gambaran akan saiz pelaburan secara relatif supaya kita ada tahu di mana kita dalam dunia pelaburan.

Jika jumlah pelaburan anda berjumlah RM 1 Juta umpamanya, ia hanya 0.00006% daripada jumlah keseluruhan pasaran saham di Malaysia.

Untuk memiliki 1% daripada pasaran saham Malaysia anda perlu ada RM 17 Billion daripada RM 1.7 Trillion.

Apatah lagi jika di bandingkan dengan pasaran saham US sebanyak RM 68 trillion. Pasaran saham US, 4000% lebih besar daripada pasaran saham Malaysia.World-Market-Capitalization

Saya bawa contoh dan nombor-nombor ini supaya kita sedar di mana kita sebagai pelabur.

Jika anda memiliki jumlah pelaburan RM 17 billion, anda tidak perlu baca lagi.

Jika tidak, teruskan membaca untuk mengetahui apakah kelebihan unit trust kepada pelabur seperti kita.

#1 Instant Diversification

Mantra pelaburan yang biasa didengari ‘Don’t put all your eggs in one basket’ atau ‘diversifictaion’ Ini banyak kali diulang-ulang kerana kepentingannya untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Dana unit trust dilaburkan ke dalam lebih daripada 50 saham. Meliputi pelbagai sektor seperti barangan pengguna, syarikat minyak, kelapa sawit, kesihatan, komunikasi dan sebagainya.

Ada juga unit trust yang melabur di luar negara.

Oleh itu kepelbagaian dicapai merentasi pelbagai sektor ekonomi dan tidak terhad kepada sesebuah negara sahaja. Untuk kita yang mempunyai modal terhad, amat sukar untuk mencapai tahap kepelbagaian seperti ini.

#2 Modal Pelaburan Rendah

Melalui unit trust, dengan modal serendah RM 1000 kita sudah boleh menyertai pasaran saham dengan risiko yang rendah melalui diversification. Setiap pelaburan tambahan pula serendah RM 100. Jadi amat murah dan mudah kalau kita ingin terus melabur setiap bulan.

Kita juga boleh mula melabur dalam pasaran luar negara seperti Singapore atau US dengan modal serendah RM 1k. Dalam keadaan ringgit yang menjunam, bagus juga kalau ada alternatif melabur ke luar negara dengan mudah dan murah.

#3 Flexible

Jika pelabur ingin pakai duit, tidak perlu menjual keseluruhan pelaburan mereka. Hanya jual jumlah yang perlu sahaja.

Sebagai contoh, Ahmad dan Awang masing-masing ada wang RM 1 juta. Ahmad melabur dalam hartanah dan Awang melabur dalam unit trust dengan jumlah pelaburan masing-masing RM 1 juta.

Selepas setahun pelaburan hartanah dan unit trust naik 10%.

Jika Ahmad ingin keluarkan keuntungan dalam pelaburan hartanah, dia terpaksa jual rumah atau refinance. Manakala Awang hanya perlu keluarkan 10% daripada unit yang ada dan bakinya terus dilaburkan.

Inilah yang saya maksudkan flexibility dalam pelaburan unit trust. Jika nak tambah dan keluarja pelaburan amat mudah.

Itulah sebabnya Legendary Fund Manager Peter Lynch mengatakan unit trust satu inovasi pelaburan yang hebat untuk pekerja biasa yang macam kita. Kita tidak mempunyai masa, kepakaran dan modal yang besar untuk menjadi pelabur sepenuh masa.

#4 Tahap kecairan pelaburan yang tinggi

Apa maksud cair di sini?…mean liquidity in English.

Unit trust mempunyai kecairan yang tinggi. Manakala tahap kecairan hartanah adalah rendah kerana mencari pembeli dengan harga yang kita inginkan memakan masa. Kalau urgent sale maka harga kena lebih rendah untuk cepatkan proses jual beli.

Secara mudahnya kecairan bermaksud berapa mudah kita cash out investment kita tanpa dikenakan penalty kerana keluar awal.

Anda boleh keluarkan pelaburan anda bila-bila masa sahaja tanpa ada penalti mengikut harga semasa.

#5 Pengurusan Profesional

Unit trust diuruskan oleh full time profesional dan berpengalaman dalam dunia pelaburan. Mereka mempunyai kemahiran, analytical tools dan kajian untuk mengamati pelaburan kita.

Syarikat unit trust pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan industri unit trust mempunyai tahap standard yang tinggi.

Banyak survey telah dijalankan yang mendapati pelabur-pelabur kecil overconfidence dengan skill dan pengetahuan pelaburan tanpa mengikuti kursus atau latihan formal.

D.I.Y dalam pelaburan tidak sama dengan D.I.Y pasang kabinet dapur.

Akhirnya ramai yang bertukar melabur untuk jangka masa panjang dalam pasaran saham setelah mengalami kerugian padahal mulanya ingin buat untung cepat. Yelah buat apa labur direct dalam saham kalau lambat macam unit trust?

” Long term investment is a short term investment failure”

#5 Compounding Investment

Compounding adalah ajaib. Duit akan berganda bukan dengan penambahan tetapi pendaraban. Exponential Growth.

Kesimpulan

Setiap jenis pelaburan ada baik dan ada yang kurangnya. Dalam artikel sebelum ini saya ada jelaskan secara ringkas kekurangan dalam pelaburan unit trust.

Tidak kurang juga mitos dan salah anggap dalam pelaburan unit trust.

Bila melabur, melaburlah dengan ilmu. Dengan ilmu dapat menjaga anda dan pelaburan anda.

Saidina Ali r.a berkata  ‘Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta’

Wassalam.

Personal Finance

Kenapa Memilih Unit Trust?
Tagged on:             

4 thoughts on “Kenapa Memilih Unit Trust?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *