Assalamualaikum,

Perdana Menteri dalam belanjawan 2016 menerangkan bagaimana GST menyelamatkan gaji-gaji kakitangan awam berikutan penurunan dividen Petronas akibat harga minyak dunia yang rendah.

Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan
Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan

Dijangka pada tahun 2016 sumbangan Petronas kepada kerajaan hanya sekitar RM 30 billion berbanding dengan RM 73 billion pada tahun 2013.

Minyak dunia naik kita belanja lebih wang untuk petrol dan diesel. Di ikuti dengan peningkatan harga barang.

Apabila minyak turun, kena pula dengan GST, kita bayar lebih wang untuk lebih banyak barang dan kesannya kos sara hidup makin mahal.

Rakyat umpama mentimun, mesti kena.

Tulisan kali ini nak bawa kita melihat ke depan apakah senario yang boleh menyebabkan kenaikan harga minyak dunia dan jika terjadi apakah kesannya kepada kita.

Senario 1 : Perang di Timur Tengah

Harga minyak dan perang

Saya menulis persamaan kejatuhan harga minyak 2015 dengan tahun 1985 sebelum ini. Harga minyak kekal rendah daripada 1985 hinggalah secara tiba-tiba melonjak 100% bila Saddam Hussein melanggar Kuwait.

Saddam Hussein kini sudah tiada lagi tetapi suasana tegang di Asia Barat kian memuncak.

Perang syria

Perang di Asia barat ini tidak pernah habis umpama cerita Star Wars. Ada sahaja krisis dan watak baru muncul.

Perang ini melibatkan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak utama dan kuasa besar US, Nato. Terbaru sekali Russia. Apabila Russia sudah mula masuk gelanggang, maka perang ini escalate to new level.

Kesudahan kepada konflik ini? Tiada siapa yang tahu. Yang pasti sudah ribuan nyawa melayang dan berjuta pelarian menjadi krisis kemanusian.

syria kid

Senario 2: OPEC Kurangkan Pengeluaran Minyak

Walaupun kos pengeluaran minyak di Saudi adalah sekitar 5-10 dollar tetapi budget Kerajaan Saudi memerlukan harga minyak setinggi $107 untuk kekal terapung.

Saudi breakeven oil price4

OPEC mengambil strategi membanjirkan pasaran dengan minyak murah dengan tujuan untuk memufliskan pengeluar minyak shale di US. Kos pengeluaran minyak shale sekitar $60-80. Dengan mengekalkan harga minyak di bawah $50 OPEC berharap US shale jadi muflis.

Tetapi siapakah akan muflis dulu? OPEC atau US shale?

Saya rasa OPEC dulu dan  terutamanya Arab Saudi.

Kos pengeluara minyak berbeza-beza

Di utara Arab Saudi terlibat dalam perang di Syria dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan Sunni di Syria. Dan di selatan perang dengan Houthi Yemen.

Perbelanjaan perang agak mahal dan kerajaan Arab Saudi amat mewah dalam berbelanja. Dengan tekanan perang dan budget deficit tidak akan mengambil masa yang lama untuk Arab Saudi dan OPEC ketar lutut.

Kesan harga minyak kepada saudi

Bulan ini IMF mengeluarkan amaran yang Arab Saudi akan kehabisan duit dalam masa 5 tahun jika harga minyak kekal rendah dan Arab Saudi tidak memotong perbelanjaan.

Maka kemungkinan besar OPEC akan potong bekalan minyak dalam masa 1 -2 tahun akan datang dan harga minyak akan naik.

Apa implikasi kepada rakyat Malaysia jika harga minyak kembali tinggi?

Mendaki naik harga minyak tidak akan menuruti laluan yang sama ketika menuruni harga minyak. Kita akan berada di puncak yang berbeza.

Ketika harga turun, kerajaan mengambil kesempatan menghapuskan subsidi petrol dan diesel. Di dalam budget terbaru tidak ada peruntukan untuk subsidi ini lagi. Dan tidak akan ada lagi selepas tahun 2016.

Maka bila harga minyak kembali tinggi tiada lagi subsidi, yang ada hanya GST dan BRIM.

Adakah kita besedia membayar petrol lebih RM 4 seliter bila minyak dunia melonjak kepada $120?

Sekali lagi kita akan kena.

Sekian,

Wassalam

Whatapps/sms/call : 0127176903

Disclosure : Penulis adalah Pensyarah di Institute of Petroleum Engineering di Herriot-Watt University Malaysia

Harga Minyak kembali tinggi… check senario #2
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *