Faisal Awang antara pekerja di sektor minyak yang tekesan dengan kejatuhan harga minyak. Akibat banyak projek yang dibatalkan oleh Petronas, maka tiada pilihan lain, majikan menawarkan skim Leave of Absence (LOA).

Leave of Absence dengan bayaran pampasan hanya 20% daripada gaji tahunan, bermakna dengan duit sebanyak itu Faisal akan kehabisan duit dalam masa 2.4 bulan sahaja. Selepas itu perlu korek tabung atau jual harta.

Dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan untuk bekerja sepenuh masa dengan majikan lain.

Dalam satu kes yang lain, ada yang hanya kerja 4 hari seminggu, bermakna 1/5 daripada gaji telah hilang. Namun pergi kerja tetap 5 hari seminggu.

Contohnya, Isnin hingga khamis waktu kerja dipotong satu jam. Jumaat kena datang kerja juga tetapi half day sahaja atau empat jam.

In total 8 jam atau kurang satu hari bekerja dan gaji pun kurang 20%.

Saya rasa ini kurang adil dan lebih untuk menjaga kepentingan syarikat. Malangnya tiada undang-undang yang boleh membela nasib pekerja minyak.

Tidak seperti di Autralia yang tidak membenarkan LOA. Majikan wajib membayar pampasan setimpal.

LOA lebih untuk menjaga kepentingan majikan daripada kebajikan pekerja.

Nasib lebih 20 ribu pekerja di sektor ini tidak sebaik dengan nasib 1.6 juta kakitangan awam. Dalam menilai cost dan benefit dalam politik, adalah lebih menguntungkan jika kerajaan dilihat mengambil berat akan kebajikan kakitangan kerajaan daripada yang senasib dengan Faisal.

Begitu juga di pihak pembangkang. Isu 1MDB dan isu Zakir Naik lebih membawa keuntungan.

Begitupun, dalam hal membayar cukai, pekerja minyak potongan cukainya banyak. Dan yang masih kerja tetap juga dipotong gaji untuk cukai.

Selama lebih 30 tahun industri minyak menyumbang kepada hasil negara sehinggakan satu masa, sumbangan Petronas membentuk 60% hasil pendapatan kerajaan. Sejumlah besar tentunya untuk membayar gaji kakitangan awam.

gaji kakitangan awam gred naik bulan julai

Tahniah kakitangan kerajaan. Anda ada kelebihan sebagai satu kumpulan besar. Dalam politik undi yang besar lebih penting daripada kecil.

Untuk sebilangan kecil orang minyak dan gas, perasaannya umpama diri dilayan seperti tebu, “Habis Manis Sepah Dibuang.”

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

Gaji Pekerja Minyak Turun, Gaji Kerajaan Naik.
Tagged on:     

5 thoughts on “Gaji Pekerja Minyak Turun, Gaji Kerajaan Naik.

  • April 16, 2016 at 7:45 am
    Permalink

    Memang sudah lama usha pekerja O&G sehingga ada ketika sangat cemburukan mereka dengan gaji yang memang dah tinggi. Fresh grad ada yg mula dengan gaji 4k sebulan dan bonus tahunan yang sangat banyak. Kesimpulannya.. Jangan nak sedih sangatla!

    Reply
    • July 20, 2016 at 8:26 am
      Permalink

      Jgn nk cemburu sgtla dgn pekerja o&g. Derang bayar mahal sbb high risk. Anytime bole mati. Kerja kerajaan risiko eksiden kete lg tinggi. Kalo o&g bayar ciput, ape nk kerja bergadai nyawa ni bg pendapatan pada negara dan byr gaji menteri2 jgk

      Reply
  • April 16, 2016 at 7:06 pm
    Permalink

    Penulis jgnlah bersikap spt wartawan tabloid sensasi. Tulis semua fakta. Yang naik gaji bukan semua kakitangan kerajaan. Yg naik gaji hanyalah antara skim2 terendah yg kebanyakannya bergaji bawah 1 ribu ringgit. Sanggupkah pekerja O&G terus bekerja dgn gaji $850? Have empathy towards others. U guys know what are the risks of entering this sector, the black and whites, upon entering this super luxury profession. U guys are subjected to the mercy of the free market. Semua commodity jatuh kot, termasuk penoreh getah. Igt penoreh getah kerja tak kuat ke?

    Reply
  • April 18, 2016 at 10:34 am
    Permalink

    Mungkin bukan semua gomen yang naik gaji, sebab details kita belum tahu. tapi itulah, petronas jadi camtu sebab… rasanya open secret kot.

    Reply
  • May 5, 2016 at 11:18 am
    Permalink

    Kalo diperhatikan lama jugak musim honeymoon pekerja sector O&G, gaji besar, bonus lagila… kepada yang beringat, rajin menabung insyaAllah masih OK, yang boros joli x ingat dunia faham2 jela, sekejap anda di atas, tiba2 anda boleh di bawah pula.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *