Insuran Takaful Tanpa Simpanan dan Tanpa Pulangan

      No Comments on Insuran Takaful Tanpa Simpanan dan Tanpa Pulangan

Sekarang ramai yang dah pilih takaful yang tiada saving value. Client saya semua pilih yang tiada saving. Namun saya masih jumpa client yang suka plan yang ada saving.

“Untung juga ambil takaful lepas 30 tahun kalau tak ada apa2 jadi, dapat balik RM 41700 betul tak?”

Rujuk gambar di atas, quotation daripada satu syarikat takaful. Sebulan bayar hanya RM 370 untuk sum cover RM 200000

Total bayaran selama 30 tahun ialah RM 133,200. Dapat balik RM 41700.

Untuk menilai kena guna cara opportunity cost. Apa opportunity cost kalau ambil plan ini?

Plan yang tanpa saving boleh lah digunakan sebagai perbandingan. Rujuk gambar di bawah, bayar RM102 sebulan untuk sum cover RM 250k.

Total bayaran selama 30 tahun ialah RM 36720. Tak dapat duit balik lepas 30 tahun. Burn gitulah duit bayar takaful ni?

Nanti dulu,

Rugi Peluang Pelaburan

Plan kedua lebih murah RM 268 berbanding plan pertama. Penjimatan ini boleh lah dilaburkan sendiri. Contohnya labur dalam ASB dengan pulangan 7% setahun.

Saya buat kira-kira, simpan RM 268 setiap bulan selama 30 tahun, akaun ASB akan menjadi RM 317225.

Maka opportunity cost ambil plan pertama berbanding plan kedua ialah lebih 300k.

Atau bolehlah saya katakan, plan yang kedua adalah percuma. Bayar 36K, lepas 30 tahun ada 300K dalam ASB.

Alhamdulillah, biasanya lepas saya tunjuk kira-kira macam ni, client terus ambil plan takaful tanpa saving. Mereka kata “Ada cash lebih, saya boleh invest sendiri lah”…

Apa pendapat anda pula?

Elias Abllah 0127176903

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *