Ambil Takaful Perubatan Kena Sucikan Hati

      No Comments on Ambil Takaful Perubatan Kena Sucikan Hati

Kadang-kadang timbul persoalan, apa untungnya ambil takaful perubatan tapi tak sakit apa-apa. Sebenarnya, ambil takaful atau insuran bukanlah untuk menjana keuntungan. Yang menjana keuntungan itu dinamakan pelaburan.

Konsep takaful ialah saling tolong menolong. Hari ini kita sihat, tetapi ada orang lain tiba-tiba sakit. Maka duit sumbangan ahli-ahli takaful yang terkumpul digunakan untuk membantu ahli yang sakit.

Esok lusa, mungkin giliran kita pula yang sakit. Saya seboleh-boleh mahu sihat sepanjang hayat. Saya tak rasa rugi sebab duit sumbangan saya setiap bulan, ada digunakan untuk membantu ahli takaful yang lain. Allah sahaja yang menilai ganjaran pahala untuk ini.

Jom ikuti satu perkongsian menarik pengalaman En Sharul Nizam Ab Rahim mengambil polisi insurance selama lebih 11 tahun.

Tulisan di bawah ini adalah seperti yang di tulis oleh En Sharul di laman Facebook beliau.

Mereka yang berhasrat membeli medical insurance tetapi terlalu menunggu-nunggu apa boleh dapat- Aku nasihatkan jangan beli.

Membeli medical insurace kena sucikan hati. Pasang niat nak bantu orang lain terutamanya orang lain yang sedang sakit.

Saya membayar medical insurance sejak 2006. Yakni ketika umur saya 27 tahun. Kini dah 2017. Bermakna saya dah buat caruman lebih 11 tahun.

Ketika membeli insurance, saya tak ada apa2 penyakit pun. Dari muka saya termasuk seluruh tubuh badan semuanya baik.

Namun inspirasinya , saya sendiri yang cari agent, beri dia sales dan saya bekerja keras membayar tanpa lapse.

Selama 11 tahun, saya membayar seperti berikut

1 – RM 199.95 (2006-2013

2 – RM 256.65 (2013-2016)

3 – RM 437.38 (2016 -Present)

Saya cuma jatuh sakit pada Jun 2016. Saya alami kidney stone di kedua-dua belah buah pinggang. Saya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan saya dibedah.

Kos keseluruhan dikenakan adalah – RM 36,0000.

Selain RM 36,000 paid by insurance, saya menikmati layanan Hospital yang baik, nyaman serta kesempurnaan privacy.

After discaj, insurance beri pocket money sehingga RM 2,500 atas kesakitan pembedahan yang saya kena tanggung.

Aug 2017, sekali lagi saya dimasukkan ke SJMC akibat terjatuh semasa masuk hutan tengok anjing. Kejatuhan itu telah mencederakan dua disc saya di bahagian tulang belakang.

Saya sekali lagi dibedah dan kos pembedahan sebanyak RM 11,000 juga paid by insurance. After discaj, macam biasa daoat pocket money sebanyak RM 2,500.

Moral cerita cari segera insurance agent. Sucikan hati membuat bayaran. Pasang niat membantu orang. Unexpectedly, kamu sendiri akan dibantu.

Aku share experience kerana, aku pernah lihat orang kaya pandu Audi masuk Private Hospital. Sekali medical bill kena RM 130,000.

Endingnya, dia tak mampu nak bayar. Dan rupa-rupanya dia lebih miskin daripada aku.

-Sharul Nizam Ab Rahim-

Minta share kepada kawan-kawan dan saudara mara akan kepentingan takaful dan kebaikan takaful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *