Adakah Harga Minyak Akan Jadi Negatif Lagi?

Hampir sebulan sejak harga minyak WTI US jatuh hingga negatif 38 dollar. Kontrak untuk penghantaran June akan expired esok (Selasa 19 May). Ada beberapa sebab kenapa harga minyak tak akan jadi negatif lagi.

Kawalan pergerakan seluruh dunia akibat Covid-19 menyebabkan permintaan minyak menjunam. Tangki minyak dan kapal di lautan sarat dengan simpanan minyak.

Apa yang terjadi pada April lepas, spekulator minyak terdesak menjual pegangan kontrak bagi mengelak menerima penghantaran minyak fizikal. Kalau terima minyak, tak ada tempat nak simpan minyak. Akhirnya penjual terpaksa membayar pembeli USD 38 untuk keluar daripada kontrak,

Terbalik, sepatutnya pembeli yang bayar. Tapi ini penjual yang bayar.

Ada tiga faktor yang menyebabkan harga minyak tidak akan menjadi negatif bulan ini.

Pertama, banyak negara sudah membenarkan rakyatnya bekerja semula, termasuklah Malaysia. Ini menyebabkan permintaan minyak meningkat berbanding bulan April. Ini juga menyebabkan ruang simpanan untuk minyak bertambah.

Oil Stock Decline

Kedua, harga minyak yang rendah telah menyebabkan banyak negara mengurangkan pengeluaran. OPEC berjanji potong 10 juta barrel pengeluaran minyak sehari.

Ketiga, maintenance margin untuk kontrak Jun dinaikkan kepada 20%. Ini menyebabkan spekulator kecil-kecilan tidak mampu untuk pegang banyak open position. Saiz maksimum kontrak juga dikurangkan dan ada pedagang/speculator tidak dibenarkan menambah kontrak Jun.

Ini menyebabkan jumlah open interest untuk June banyak berkurangan berbanding dengan kontrak May. Oleh itu beban untuk simpanan minyak di akhir kontrak berkurangan.

Jumlah barrel minyak yang didagangkan dalam ‘paper barrel’ jauh lebih tinggi daripada pengeluaran minyak dunia.

Contohnya, jumlah pengeluaran minyak dunia ialah 88 juta barrel sehari. Tetapi jumlah ‘paper trading’ 180 barrel sehari.

Terlalu ramai yang berdagang paper oil menyebabkan mereka lupa ‘out of touch’ dengan stuktur asas kontrak. Lupa physical delivery memerlukan storage. Dan storage ada hadnya.

Jadi dengan ketiga-tiga faktor ini, harga minyak tak akan jadi negatif lagi. Spekulator dan pengendali paper oil telah belajar daripada kesilapan.

Wassalam

Elias Abllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *