Pelan Hibah Takaful RM1 Juta Dari RM250 Sebulan

Pelan RM 1 Juta Hibah Takaful untuk isteri dan anak-anak kini mampu dimiliki dengan sumbangan serendah RM 250 sebulan. Ini pelan hibah yang besar dengan bayaran rendah daripada FWD Takaful.

Ini pula ilustrasi ringkas Pelan Hibah Takaful RM 1 juta daripada FWD Takaful mengikut umur untuk lelaki yang tidak merokok.

Umur 25 – RM 250 sebulan

Umur 30 – RM 263 sebulan.

Umur 35 – RM 320 sebulan.

Umur 40 – RM 414 sebulan.

Umur 45 – RM 545 sebulan.

Manfaat Hebat Pelan Hibah Takaful Future First

Kami tahu bahawa anda mahu keluarga anda bukan sahaja mampu berdikari, tetapi dapat meneruskan kehidupan mereka sekiranya anda tiada lagi di dunia. FWD Future First adalah pelan Takaful pertama di Malaysia yang direka untuk memastikan orang tersayang dapat kembali berdikari dari segi emosi dan kewangan.

Di samping menyediakan bayaran 100% sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya atau penyakit terminal, pelan ini juga menawarkan TUJUH lagi manfaat hebat di bawah pelan FWD Takaful Future First.

#1 Manfaat Takaful Pasangan

Jika anda meninggal dunia, pasangan anda akan dapat perlindungan RM 100000 yang baru tanpa sebarang underwriter untuk tempoh dua tahun.

Kalau yang ada dua isteri, maka kedua-dua isteri juga dapat manfaat ini. Ini manfaat seumpamanya yang ada di Malaysia.

#2 Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal

Jika anda hilang upaya akibat stroke dan kemalangan contohnya, jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan jangka panjang dan lain-lain.

#3 Manfaat Penyakit Terminal

Jika anda didiagnosis menghidap penyakit terminal, jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan anda.

Penyakit Terminal ialah penyakit berdasarkan prognosis doktor, jangka hayat dijangka adalah satu tahun atau kurang. Biasanya tiada bukti bahawa rawatan lanjut dapat menyelamatkan nyawa.

#4 Manfaat Pengurusan Pengebumian

Pelan ini akan membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada manfaat kematian untuk menampung perbelanjaan pengebumian dan perubatan orang dilindungi sebaik sahaja kami menerima sijil kematian.

#5 Kaunseling Kesedihan

Pelan ini akan membayar sehingga 10 sesi kaunseling dengan kaunselor kesedihan daripada panel FWD sehingga jumlah yang dikenakan mencapai RM2,000.

#6 Nasihat Undang-undang

Pelan ini akan membayar sehingga 3 sesi nasihat undang-undang dengan penasihat undang-undang daripada panel FWD; sehingga jumlah yang dikenakan mencapai RM2,000.

#7 Badal Haji

Pelan ini akan menyediakan sokongan Badal Haji untuk pelanggan Islam di mana kami akan mengurus dan membayar untuk Badal Haji daripada panel penyedia perkhidmatan FWD.

Ini adalah pelan hibah takaful yang memberi nilai terbesar yang ada di pasaran. Hubungi saya untuk ilustrasi pelan hibah dan bandingkan dengan pelan hibah syarikat lain. Tiada sebarang komitmen untuk ilustrasi hibah takaful ini.

WhatsApp saya untuk illustrasi mengikut keperluan anda. Saya mungkin lambat reply, boleh isi nama dan no telefon untuk saya hubungi kembali.

WhatApps Elias

0127176903 

Kisah Isteri Dan Dua Anak Perempuan

Ini kisah benar seorang isteri kematian suami. Kisah ini diceritakan oleh Puan Nurulbadiah Lai di Facebooknya. Kisah ini viral dengan lebih 5900 share.

Semasa hidup suami orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja bagus-bagus.

Rezeki anak-anaknya, suami dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres diatas tanah tersebut.

Tak lama kemudian,suami membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu). Selain itu, simpanan suami ada dalam simpanan 10 ribu di bank.

Suami selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak-anak tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah).

Betapa besarnya harapan suami untuk si isteri dan anak-anak. Ditakdirkan suami meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung).

Suami meninggalkan isteri dan dua orang anak perempuan. Malangnya suami tak ada ambil pelan hibah takaful.

Sejurus selepas suami dikebumikan,adikberadik suami termasuk ibu suami telah mengajak si isteri berbincang pasal harta suami kononnya suami akan terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

Suami tiada anak lelaki, jadi harta-harta suami akan dapat juga pada adik beradiknya mengikut hukum faraid.

Tak sampai seminggu suami meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu suami dan adik beradik suami.

Kisah-kisah begini kerap kali kedengaran sejak dari dulu lagi. Kita tidak mahu kisah ini berulang lagi.

Pengajaran

Rumah keluarga tak semestinya menjadi milik isteri dan anak-anak walaupun tiada hutang rumah. Dalam kes di atas, jika suami ada hibah takaful RM 1 juta, maka dengan mudah si isteri boleh settlekan tuntutan ahli waris dan boleh teruskan hidup dengan baki hibah takaful si suami.

Bila suami ada, semua makan minum disediakan oleh suami secukupnya. Apabila suami meninggal, maka hibah takaful suami yang akan mengambil alih tanggungjawab ini. Bukan mengharap ahli waris untuk jaga anak dan isterinya.

Apa Itu Hibah Takaful?

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).

Ia dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 4)

“… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara pada pada 5 November 2014 mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan.

Manakala wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid mengikut Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta dan mesti membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.

Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank.

Tetapi jika beli rumah dengan joint loan suami dan isteri, jika suami meninggal, isteri masih perlu bayar bahagiannya. Contohnya jika ansuran rumah RM 2 ribu sebulan, maka isteri masih perlu bayar RM 1000 sebulan setelah kematian suami.

Tujuh Manfaat Hibah Takaful Berbanding Faraid

#1 Duit Untuk Bayar Bahagian Faraid Waris

Seperti dalam kisah di atas, dengan wang tunai segera bolehlah si isteri menyelesaikan tuntutan ahli waris tanpa perlu menjual rumah. Dalam kisah di atas isteri hanya ada 12.5% hak untuk tuntut rumah itu.

#2 Cara Mudah Sediakan Duit Tunai Untuk Keluarga

Mungkin suami ada simpan wang tunai atau simpanan ASB yang banyak. Tetapi apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan tertakluk kepada faraid dan akan dibekukan di Amanah Raya.

Dengan RM 250 sebulan, berapa lama diperlukan untuk kumpul RM 1 Juta? Ia akan mengambil masa 50 tahun untuk kumpul RM 1 juta.

Dengan hibah takaful, sumbangan bulanan RM 250 melayakkan keluarga anda untuk dapat RM 1 juta jika anda tiada lagi di dunia ini.

#3 Hibah Takaful Tidak Boleh Dituntut Ahli Waris 

Hibah takaful tak termasuk dalam harta pusaka faraid. Ini kerana penerima Hibah adalah penerima mutlak dan bukan sebagai pemegang amanah. Waris lain tak boleh cabar atau protes.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara telah mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada isteri tanpa perlu difaraidkan.

#4 Duit Langsaikan Hutang Dunia dan Akhirat

Hutang wajib di bayar walaupun sudah meninggal dunia. Dengan adanya hibah takaful, ia boleh digunakan untuk waris melangsaikan hutang-hutang anda.

Ini termasuk juga hutang akhirat, contohnya menunaikan Haji, ganti puasa dan zakat belum berbayar. Hutang ini juga perlu dibayar dengan wang tunai.

#5 Keluarga Dapat Meneruskan Hidup

Kita pernah ada keluarga terpaksa meminjam wang di sana sini demi untuk meneruskan pendidikan dan membesarkan anak-anak apabila suami meninggal dunia. Walaupun suami ada harta yang banyak.

Ini kerana proses menuntut harta pusaka mengambil masa setahun hingga tiga tahun. Berapa bulankah keluarga dapat survived setelah anda meninggal dunia? Dua atau tiga bulan mungkin.

Setelah itu keluarga mesti mencari pendapatan baru bagi meneruskan kehidupan, seperti dalam kisah di atas.

#6 Hibah Harta Untuk Bukan Ahli Waris 

Contohnya, ibu seorang mualaf mungkin belum masuk Islam lagi. Jika belum maka si ibu tidak termasuk dalam senarai ahli waris yang boleh menerima harta si anak yang muslim.

Contoh lain ialah anak angkat tak termasuk dalam kiraan waris yang layak untuk tuntut harta pusaka.

Oleh itu cara yang lebih baik untuk tinggalkan harta buat mereka adalah melalui hibah takaful.

#7 Duit Untuk Bayar Kos Pengurusan Tuntut Harta Pusaka

Kos pengurusan boleh mencecah hingga 30% daripada nilai harta. Ini termasuk kos guaman, kos perkhidmatan dan pelbagai kos berkaitan.

Jika isteri tidak ada cukup tunai untuk menuntut, maka makin lambatlah harta itu akan dapat dipindah milik kepada ahli waris.

FWD Takaful Malaysia

FWD Group ditubuhkan dengan paid up capital lebih daripada 30 Billion USD. Hari ini, FWD merentasi sembilan pasaran di Asia dan salah satu syarikat insurans yang paling pesat berkembang di rantau ini.

FWD Group bermula 2013 berpengkalan di Hong Kong sepertimana AIA. Kemudiannya mengambil alih brand ING di seluruh dunia. Kalau masih ingat, PETRONAS menggunakan perkhidmatan ING untuk pelan perubatan kakitangan mereka.

Justeru itu FWD Takaful wujud setelah mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia untuk ambil alih HSBC Amanah Takaful. Kami menjadi pesaing hebat syarikat takaful di Malaysia.

KWSP memiliki 20% saham dalam FWD Takaful. Ini membuktikan FWD mendapat kepercayaan dan kenyakinan institusi pelaburan di Malaysia.

KWSP hanya melabur dalam syarikat yang betul-betul kukuh dan bersaing maju. Anda tidak perlu ragu dengan kemampuan FWD Takaful.

Adakah Ini Pelan Hibah Takaful Yang Anda Cari?

#1 Hibah Besar Dengan Sumbangan Rendah

#2 Jaminan Anda Bebas Hutang Bila Meninggal

#3 Kematian Anda Boleh Menjejaskan Perbelanjaan Keluarga

#4 Pemergian Anda Menjejaskan Usaha Anda Menjamin Masa Depan Anak-Anak

Jika anda jawab YA, WhatApps/Call Saya Segera. Jika saya lambat reply, boleh tinggalkan nama dan no telepon untuk saya hubungi kemudian di bawah ini.

WhatApps/Call

0127176903

Elias, IFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *