Jualan Lingerie Naik Petanda Ekonomi Turun

Pembelian online lingerie dan pakaian dalam wanita meningkat dengan ketara dalam tempoh PKP. The Telegraph daripada UK juga melaporkan peningkatan jualan lingerie 30 hingga 60 peratus. Pada masa yang sama LAZADA melaporkan jualan pakaian dilihat merosot amat mendadak.

Jualan pakaian merosot memang logik sebab tak perlu pergi office dan tiada aktiviti luar. Jualan lingerie dan pakaian dalam meningkat memerlukan penerangan saintifik. Bukan setakat lebih masa bersama di rumah, tapi ia ada kaitan dengan psikologi dan ekonomi yang teruk.

Prestasi ekonomi boleh diukur secara kuantitatif seperti GDP dan inflasi. Ia juga boleh dibaca daripada gelagat manusia.

Contohnya, Joe Kennedy seorang yang kaya raya di zamannya pada tahun 1929 menjual semua saham setelah budak yang ketika mengilap kasutnya, memberi nasihat saham apa yang akan naik.

Manakala Leonard Lauder, Chairman of Estee Lauder, mendapati jualan lipstik meningkat ketika keadaan ekonomi yang mencabar. Dia kata ini adalah indikator ekonomi akan merosot. The lipstick effect.

Lipstick effect ialah fakta yang syarikat kosmetik tidak ada masalah ketika kemeseletan ekonomi. Malah jualan mereka makin meningkat. Apa sebabnya?

Christopher Rodeheffer, Vladas Griskevicius, Kristina Durante, dan Andrew White mengkaji “lipstick effect” dan membuktikan ianya benar bahkan juga ia ada kaitan dengan psikologi hubungan intim wanita. Boleh baca kertas kajian di the Scientific American.

Manusia telah wujud sejak baratus ribu tahun. Krisis ekonomi dan kejatuhan saham adalah perkara baru secara relatifnya dalam sejarah manusia. Seperti mana burger hanya wujud kurang daripada 1% timeline manusia.

Jadi di suatu bahagian otak manusia, ada bahagian yang primitif yang tidak banyak berubah. Apabila kena dengan rangsangannya, maka akan terhasil tindakan yang tertentu.

Seperti mana andrenalin di pump apabila dikejar anjing.

Nenek moyang manusia mengalami musim hasil tuaian yang baik dan adakalanya tanaman musnah. Ada masa menang perang dan ada masa kalah perang. Susah dan senang bergilir ganti.

Pada musim senang, manusia boleh tangguhkan dapat anak. Tetapi apabila musim susah, dapatkan anak lebih diutamakan demi kelangsungan kaum dan puak.

Kalau tak betul, kenapa orang susah anaknya ramai dan orang makin kaya makin sedikit anaknya?

Bagi wanita, zaman susah juga menyebabkan jumlah lelaki yang boleh besarkan keluarga semakin kurang. Lelaki berkualiti banyak duit tak banyak. Supply and demand law.

Krisis ekonomi menyebabkan ramai kehilangan kerja, kejatuhan saham dan Covid 19 mungkin ‘trigger signal’ di suatu bahagian otak wanita, memberi mesej lelaki yang mampu makin kurang.

Untuk berjaya menarik lelaki yang berkualiti dan mampu, maka amat penting untuk wanitia kelihatan cantik. Nenek moyang manusia dengan cara mereka dan wanita moden dengan cara wanita moden.

Sebagai kesimpulan, terdapat dua sebab jualan lingerie meningkat. Pertama, apabila prospek ekonomi kurang baik, maka melahirkan anak menjadi pilihan. Lingerie ada peranannya di sini.

Kedua, jumlah lelaki yang mampu untuk berkahwin makin berkurangan akibat krisis ekonomi menyebabkan wanita tampil dengan lebih memikat dengan lingerie dan lipstik.

Maka itulah penjelasan kenapa jualan lingerie meningkat petanda ekonomi menurun. Untuk pelabur, selain Netflix, melabur dalam saham pengeluar kosmetik dan lingerie adalah tindakan bijak.

Kalau faham share artikel ini.

Elias Abllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *