Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal Keluarga

Pelan penyakit kritikal untuk suami, isteri dan anak-anak daripada FWD takaful adalah amat unik dan yang pertama sepertinya. Biasa dengar pelan medical card family, tapi pelan critical illness family inilah yang pertama.

Sebagai contoh, dengan sumbangan takaful RM 125 sebulan, keluarga anda dapat pelan perlindungan sebanyak RM 125,000 untuk suami, isteri dan tiga orang anak.

Selain daripada hibah, keluarga anda juga dapat cover;

  1. Penyakit kritikal ringan sebanyak RM 25000
  2. Penyakit kritikal utama sebanyak RM 50000
  3. Kematian atas apa-apa sebab sebanyak RM 50000
  4. Sumbangan akan menjadi PERCUMA jika suami meninggal, dan perlindungan masih berjalan seperti biasa untuk isteri dan anak-anak

Kini, anda tidak perlu lagi susah untuk mengambil pelan bagi setiap seorang ahli keluarga. Satu pelan untuk semua dengan kadar sumbangan yang amat berpatutan.

Pelan ini juga amat fleksibel di mana kadar sumbangan takaful bergantung kepada jumlah anak dalam keluarga. Keluarga dengan dua orang anak kadarnya akan lebih murah daripada keluarga dengan lima orang anak.

Kemudian, jika ada rezeki tambah anak, boleh masukkan anak yang baru lahir dalam pelan keluarga dengan sedikit tambahan sumbangan.

Ya, ibu tunggal atau bapa tunggal dengan anak-anak pun boleh dapat pelan hibah keluarga FWD ini.

Image by pixabay.com

Soalan Lazim Mengenai Pelan Penyakit Kritikal Keluarga

#1 Apakah itu Penyakit Kritikal dan mengapa saya perlukannya?

Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti.

Perlindungan CI membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

#2 Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?

Ia bergantung kepada:

  • Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
  • Saiz pinjaman anda dan lain-lain
  • Liabiliti kewangan anda
  • Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

#3 Adakah Pelan Penyakit Kritikal Juga Melindungi Sebarang Ketidakupayaan Serius?

Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti buta, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

#4 Apakah Perbezaan di Antara Perlindungan Penyakit Kritikal dan Medical Card?

Perlindungan perubatan akan membayar kos perubatan langsung anda, tetapi mungkin terdapat had bagi jumlah yang dibayar, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya.

Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi.  Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.

Sebaliknya, perlindungan CI memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:

#1 Untuk membayar perkhidmatan perubatan yang mungkin tidak tersedia, atau untuk rawatan yang tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan anda.

#2 Untuk menampung perbelanjaan bagi pengubahsuaian rumah untuk pesakit yang pergerakannya terjejas, kos pengangkutan (contohnya pergi dan pulang dari pusat perubatan) dan kos penjagaan jangka panjang.

#3 Untuk memperoleh teknologi perubatan alternatif di luar negara termasuk mendapatkan pendapat perubatan kedua yang boleh meningkatkan peluang anda untuk pulih

#4 Untuk kos sara hidup harian, membolehkan pesakit menumpukan masa dan tenaga mereka untuk pulih tanpa perlu bimbang tentang bil yang perlu dibayar.

Dalam pelan ini juga sebanyak 36 penyakit kritikal dan 20 penyakit kritikal ringan dapat di cover. Ini bermakna, pelindungan penyakit yang lebih banyak berbanding dengan pelan-pelan lain di pasaran.

36 Senarai Penyakit Kritikal Utama Di Bawah Pelan Ini

  1. Serangan jantung
  2. Penyakit Alzheimer atau demensia yang teruk
  3. Meningitis bakteria
  4. Tumor otak benigna
  5. Kebutaan
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati
  9. Anemia aplastik kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan pintasan arteri koronari
  12. Pekak
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan hati peringkat akhir
  15. Penyakit paru-paru peringkat akhir
  16. AIDS penuh
  17. Virus hepatitis fulminan
  18. Pembedahan injap jantung
  19. Jangkitan HIV akibat pemindahan darah
  20. Kegagalan buah pinggang
  21. Kehilangan upaya untuk berdikari
  22. Menjadi bisu
  23. Kecederaan kepala teruk
  24. Pemindahan organ utama atau sumsum tulang
  25. Penyakit neuron motor
  26. Sklerosis berbilang
  27. Distro otot (lebih daripada umur 11 sahaja)
  28. Lumpuh anggota badan
  29. Penyakit parkinson
  30. Hipertensi arteri primer pulmonari
  31. Penyakit arteri koronari serius
  32. Strok
  33. Pembedahan aorta
  34. Sistemik Lupus Erythematosus dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
  35. Penyakit terminal
  36. Lecur tahap tiga

20 Penyakit Kritikal Ringan Di Bawah Pelan Ini

  1. Serangan jantung
  2. Tumor otak benigna
  3. Kebutaan
  4. Kanser dan karsinoma-in-situ
  5. Koma
  6. Lain-lain penyakit arteri koronari serius
  7. Hilang pendengaran atau pekak
  8. Penyakit hati kronik
  9. Penyakit paru-paru kronik
  10. Pembedahan injap jantung
  11. Kegagalan buah pinggang
  12. Kecederaan kepala utama
  13. Pemindahan organ utama
  14. Lumpuh atau paraplegia
  15. Penyakit parkinson
  16. Hipertensi arteri sekunder pulmonari
  17. Strok
  18. Pembedahan aorta
  19. Luka bakar teruk
  20. Angioplasti dan rawatan invasif lain
  21. untuk penyakit arteri koronari

Bagaimana Pelan Ini Berfungsi?

FWD Family First adalah pelan takaful sumbangan berkala yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga. Perlindungan untuk pelan ini boleh disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam keluarga anda dari semasa ke semasa.

Berikut adalah ilustrasi yang menghuraikan bagaimana pelan ini berfungsi:

Suhaida dan Rashid adalah pasangan baru berkahwin yang menyertai FWD Family First dengan jumlah dilindungi RM100,000.

Enam bulan selepas itu, Suhaida mendapati terdapat ketumbuhan benigna dalam serviks yang menghalangnya daripada hamil. Pelan FWD Family First membayar RM25,000 yang digunakan untuk rawatan beliau.

Setahun kemudian, beliau hamil. Setelah Adam lahir, Rashid menambah bayaran untuk
mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan anak yang baru lahir.

Pada usia 3 tahun, Adam mendapat jangkitan yang menyebabkannya hilang pendengaran. Pelan FWD Family First mereka membayar RM25,000; wang ini digunakan untuk membawa Adam ke luar negara bagi mendapatkan rawatan daripada pakar yang terkenal dalam
rawatan kehilangan pendengaran.

Image by pixabay.com

Alhamdulillah Adam pulih sepenuhnya dan Suhaida dan Rashid meneruskan kehidupan dengan gembira bersama anak mereka yang sihat.

Suhaida dan Rashid memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk Adam mempunyai seorang adik

Maka lahirlah Zara. Beberapa bulan kemudian, Rashid membuat bayaran tambahan untuk mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan Zara yang baru lahir

Selang dua tahun Suhaida hamil lagi! Tetapi malangnya dia diserang penyakit paru-paru kronik. Pelan FWD Family First membayar RM25,000 yang digunakannya untuk pembedahan. Syukur, dia pulih sepenuhnya dan mampu meneruskan kandungannya.

Kelahiran Zana menceriakan lagi keluarga ini. Suhaida dan Rashidmerasakan keluarga mereka telah lengkap. Rashid membuat bayaran tambahan untuk mengemaskini pelan FWD Family First mereka bagi memasukkan anak bongsu mereka.

Malang tidak berbau – Rashid terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pelan FWD Family First mereka membayar RM100,000 yang mereka simpan untuk menampung kos yang tidak dijangka pada masa hadapan.

Suhaida dan anak-anaknya berhadapan realiti baru dan meneruskan kehidupan mereka dengan penuh semangat. Mereka masih menikmati perlindungan sebanyak RM75,000 daripada FWD Family First tanpa perlu lagi membayar sumbangan.

Adakah pelan ini sesuai untuk anda?

Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.

#1 Adakah kewangan anda akan terjejas teruk akibat kehilangan pendapatan yang berpanjang?

#2 Adakah anda inginkan satu pelan untuk seisi keluarga yang kosnya kurang daripada beberapa pelan individu?

#3 Anda dan keluarga anda belum lagi memiliki sebarang perlindungan penyakit kritikal?

WhatsApp saya untuk maklumat lanjut. Jika whatsapp lambat balas, tinggalkan nama dan no phone di bawah untuk saya hubungi kembali.

H/P  0127176903

Elias Abllah, IFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *