Tujuh Tip Sewa Rumah Dengan Cepat

Sewakan rumah dengan cepat tetapi tepat. Cepat bermaksud, anda tidak rugi bayar bank setiap bulan tanpa ada pendapatan daripada pelaburan rumah. Tepat bermakna, anda memilih penyewa yang betul.

Orang kata lebih baik dibiarkan rumah kosong daripada membawa masuk penyewa dari neraka.

Berikut antara tip-tip yang praktikal yang boleh membantu anda menjadi tuan rumah yang berjaya

1. Cantik dan Wangikan Rumah

Bukan setakat cantik dan wangi sahaja, malahan sejuk juga. Ini yang saya buat untuk close seorang expatriate oil and gas Exxon Mobil.

Rumah fully furnish, saya on aircond tiga puluh minit sebelum prospek penyewa datang, wangian ambi pur tersedia dan peti ais terpasang siap dengan beberapa botol air mineral atau jus epal.

Mana tahu prospek mungkin haus.

Alhamdulillah closed on the spot.

2. Siapkan Sedia Rumah Anda Lebih Awal

Dalam kes perumahan baru atau apartment baru, terdapat banyak unit yang akan masuk dalam pasaran. Tetapi tidak semua akan available dalam masa terdekat.

Ada rumah atau unit yang masih tunggu developer untuk baiki defect sikit-sikit. Ada yang masih terhegeh-hegeh nak furnish. Nak pasang lampu dan kipas pun lambat.

Oleh itu, anda mesti lebih cepat daripada orang lain. Unit anda mungkin di tingkat bawah tetapi jika anda cepat, unit anda akan disewakan dulu berbanding unit di atas.

3. Tapis Penyewa

Tapislah bakal penyewa supaya yang nak tengok rumah anda datang daripada golongan yang suci jernih. Yang keruh kelabu asap hendaklah ditapis keluar.

Nanti hanya perabiskan air mineral sejuk anda sahaja. Lebih buruk lagi, penyewa menumpang free di rumah anda tanpa bayar sewa dan akhirnya keluar menyebabkan rumah anda menjadi macam haram.

Cara nak tapis mudah sahaja. Tanyalah apakah pekerjaan mereka, sebelum ini tinggal di mana dan kenapa nak berpindah.

Ada kes kawan saya, yang menyewa berniaga restoran. Masalahnya, rumah kawan saya tu dijadikan tempat simpan stok dan masak-memasak. Ehmm.. masaklah jadinya.

Bila akhirnya keluar, rumah jadi sarang lipas dan semut.

Tak kira apa pangkat sekalipun, datuk, ustaz, maulana, sifu atau segala gelaran, periksalah dengan teliti. Kalau gerak hati rasa tak sedap, biarkan orang itu pergi. Cari orang lain.

4. Bandingkan Harga Sewa Rumah Lain

Rumah yang hampir sama tetapi harga berbeza, tentulah yang lebih murah akan disambar orang dulu. Orang yang cari rumah sewa biasanya akan riki dalam mudah.my, iproperty, property guru dan seumpamanya.

Oleh itu, bandingkan harga dan siasat sama ada rumah dalam kejiranan atau blok yang sama dengan anda sudah disewakan atau belum. Kalau dan disewakan, maka itulah lebih kurang harga sewa.

Sewa boleh lebih mahal jika ada nilai tambah seperti dapur yang diubah suai, aircond di setiap bilik dan laminated floor.

Pun begitu, nilai tambah mesti sepadan dengan kemampuan orang yang nak membayarnya. Contohnya anda pasang jacuzzi di rumah flat, tentulah tidak kena kan? Kemampuan membayar juga bergantung kepada jenis pekerjaan di sekitar rumah anda.

5. Pasang Banner

Anda boleh pasang banner sendiri. Ada orang yang cari rumah sewa dengan ronda-ronda di kawasan rumah anda. Atau mungkin jiran-jiran anda ada kawan yang mencari rumah sewa di kawasan anda.

Ini caranya untuk beritahu rumah anda ada untuk disewa. Pasanglah banner yang jelas dan kalis hujan. Saya pernah jumpa tuan rumah tampal iklan dengan kertas A4 sahaja di pintu rumahnya. Itupun berjaya disewakan. Apatah lagi kalau buat banner besar.

Lagipun, banner boleh digunakan berulang kali. Simpan elok-elok.

6. Iklan Di Platform Online

Mudah.my, Property Guru, Edge Property dan Propwall menyediakan khidmat untuk iklankan rumah sewa anda. Free je. Nak berbayar pun boleh untuk tarik lebih ramai prospek lihat iklan anda. Orang yang masuk di platform ini memang orang yang nak cari rumah.

Post juga di Facebook dan Instagram anda sendiri. Post juga di group-group Facebook yang berkaitan dengan kawasan rumah anda.

Dalam berjuta-juta orang di Facebook dan Instagram mungkin ada yang mencari rumah sewa. Inilah kelebihan media sosial.

Untuk cara ini, amatlah penting anda gunakan gambar yang terang dan jelas. Selain itu, ayat kenalah power. Tajuk posting yang memukau. Orang hanya ada kurang dua saat untuk tertarik dengan post anda atau tidak.

Boleh belajar bagaimana orang lain buat ayat. Kemudian ubah dan tambah perisa yang mana perlu

7. Guna Khidmat Real Estate Negotiator (REN)

Real estate agent boleh memudahkan kerja anda. Anda mungkin jauh dan tiada masa untuk bawa dua tiga bakal penyewa seminggu.

Mereka akan bayar iklan untuk pasarkan rumah anda di saluran-saluran online. Ada yang guna facebook ad yang berbayar.

Selain itu, mereka juga ada jaringan REN yang ramai dan boleh bekerjasama dengan sesama mereka. Ada ketikanya, yang bertanya nak sewa dah ada, rumah pula tak ada.

Anda boleh pasang dua hingga lima orang REN untuk sewakan rumah anda untuk persaingan yang baik dan memberi pilihan untuk ada.

Tapi janganlah sampai tiga puluh REN pula. Nanti penuh dan meriah rumah anda dengan banner.

Kesimpulan

Tip-tip ini boleh membantu anda untuk sewakan rumah anda dengan cepat dan tepat. Setelah dapat penyewa yang baik, anda perlu sediakan Tenancy Agreement dan buat inspection dan inventory barang-barang rumah sewa anda.

InsyaAllah dalam artikel akan datang saya akan kongsikan apa nak buat sebelum menyerahkan kunci rumah anda kepada penyewa.

Wassalam

Elias Abllah

0127176903

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *