Cuti sekolah kali ini kami menjejaki bumi Tronoh, bumi bertuah terletaknya Universiti Teknologi PETRONAS. Tidak keterlaluan jika saya kata UTP adalah universiti tercantik di Malaysia. Sesiapa pun yang pertama kali datang ke UTP pastinya terpegun dengan keindahannya. Bagi saya untuk lagi 50 tahun pun tak akan lahir lagi universiti seumpamanya.

Di sinilah saya belajar Petroleum Engineering dan Electrical Engineering.

Canselor Complex
Canselor Complex
Canselor Area Universiti Teknologi PETRONAS
Canselor Area Universiti Teknologi PETRONAS
Library yang saya paling suka
Library yang saya paling suka

Saya belajar di UTP pada tahun 1996. Pada masa itu namanya ialah Institute Technology of PETRONAS. Asalnya di dalam surat tawaran menyatakan penajaan untuk 3 tahun di Malaysia dan baki 2 tahun di luar negara. Malangnya Asian Financial Crisis 1997 menyebabkan tawaran penajaan di ubah kepada dalam negeri sahaja.

Dan pada tahun 1998 Datuk Seri Najib pada masa beliau Menteri Pendidikan menawarkan PETRONAS  untuk menubuhkan universiti. Maka lahirlah Universiti Teknologi PETRONAS. Saya masih ingat ketika itu kami pergi dengan bas ke Kompleks Dayabumi untuk menyanyi koir lagu PETRONAS dalam majlis penyerahan surat tawaran daripada Datuk Seri Najib kapada Tan Sri Hassan Merican. Petronas maju jaya, kebanggan negara kita….

Sementara Datuk Seri Najib menjadi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Anwar pula menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu.

Asalnya kampus UTP sekarang ini adalah kampus Kejuruteraan USM. Pada pembentangan belanjawan 1995, dalam teks Menteri Kewangan, PETRONAS diarahkan untuk mengambil alih kampus USM Tronoh dan USM akan mendapat kampus baru di Transkrian.

Maka di peringkat awal lagi Najib dan Anwar telah mencorak kan kehidupan aku dan sehinggalah sekarang. Kini Tun Dr Mahathir Canselor yang ke dua UTP.

Mulanya kami terpaksa berkongsi kampus dengan USM. Daripada padang bola, library, bilik kuliah dan juga pensyarah. Ada kebaikan dan kekurangannya.

Ada satu kisah macam mana kami dapat spot soalan final exam hampir 90% accurate. Kami ada satu course yang share lecturer dengan lecturer USM. Kalau tak silap paper organik chemistry agaknya.

Masjid Lama kini Pusat Islam An Nur
Masjid Lama kini Pusat Islam An Nur
Library Kongsi Dengan USM
Library Kongsi Dengan USM
Di sinilah exam hall dan convocation kami
Di sinilah exam hall dan convocation aku

Saya pun ada kawan daripada satu sekolah yang ambil course daripada lecturer yang sama. Jadi bila tiba minggu exam, paper di USM dahulu kemudian selang 2 hari di UTP. Maka atas jasa baik kawan, dapatlah kami lihat soalan final exam USM dahulu.

Berbeza bahasa tetapi sama soalan. Hahaha, translate ajelah dan memang betul soalan kami pun hampir sama. Jadi ni kira soalan bocor ke? Kalau kena ulang best jugak, peduli apa dapat lulus ke tidak.

Block Semarang, Baram dan Cafetaria Sayang dah diruntuhkan untuk buat jalan ke Canselor Kompleks. Yang tinggal hanya block Duyung. Tinggalan sejarah tu, janganlah diruntuhkan lagi.

Di sebelah kanan pokok besar ialah Blok Semarang
Di sebelah kanan pokok besar ialah Blok Semarang
Blok Duyung dah Jadi Blok Dugong
Blok Duyung ada lagi. Baram dan Semarang dah diruntuhkan

Dulu amat berbeza dengan sekarang. Kami dulu kalau nak isi minyak motor terpaksa ke Batu Gajah, hampir 15km. Kini dekat-dekat UTP ada 5 stesen minyak lagi.

Dulu, kalau dah malam mana ada kedai makan buka lagi. Jadi kami bergantung kepada roti dan maggi kalau lapar di tengah malam. Kalau maggi habis maka terpaksa lah makan maggi kawan.

Kini kedai mamak bersepah dan McD 24 hrs pun ada. Jadi tak harian lah kalau student sekarang belum abis belajar dah boroi.

Lecturer saya yang dulu muda kini nampak sangat dah berusia. Moga mereka diberikan kesihatan atas berkat ilmu yang diajarkan kepada kami.

Semoga berjumpa lagi Universiti Teknologi PETRONAS

Wassalam

Elias Abllah

Universiti Teknologi PETRONAS, UTP

One thought on “Universiti Teknologi PETRONAS, UTP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *