Jika anda melabur dalam unit trust pada tahun 2012, iaitu 5 tahun lepas, pulangan purata anda adalah dalam 5% setahun. Tentulah kadar ini tidak ada apa yang nak di sohorkan.

Oleh kerana kebanyakan portfolio pelaburan unit trust yang popular melabur lebih 90% dalam pasaran saham, maka prestasi pelaburan akan turun naik mengikut prestasi indek utama pasaran saham seperti FBM KLCI.

Berbeza dengan Tabung Haji atau dana Persaraan kakitangan awam KWAP umpamanya yang melabur tidak lebih daripada 60% dalam pasaran saham. Dengan kata lain, Tabung Haji dan KWAP kurang sensitif dengan pergerakan pasaran saham berbanding unit trust.

Contohnya, jika pasaran saham naik 10%, unit trust akan naik 15% dan Tabung Haji hanya naik 7%. Begitu sebaliknya jika pasaran saham turun 10%, unit trust akan jadi negatif 15% tetapi Tabung Haji boleh beri dividen 4%.

Dan untuk tahun 2015 dan 2016, prestasi saham amat lemah disebabkan faktor kejatuhan harga minyak, kesan GST dan kelembapan ekonomi dunia.

Dua tahun inilah yang menyebabkan keuntungan pelaburan unit trust yang dulunya memberikan pulangan purata lebih 10% setahun, turun kepada 5% sahaja.

Bagi saya, ini adalah window di mana harga unit trust dalam diskaun, di mana aset-aset dibawah unit trust di bawah nilai sebenar mereka.

Alhamdulillah, window ini dimanfaatkan sepenuhya untuk mengumpul. Tahun lepas adalah prestasi terbaik saya sebagai agent unit trust sejak tahun 2005.

Apa Pilihan Anda?

Jadi jika anda dengar pelaburan unit trust tidak memberikan pelaburan yang lebih baik berbanding KWAP, apakah pilihan anda untuk 10 atau 20 tahun lagi?

Di sini jika anda atau agent unit trust anda tidak berhati-hati, anda boleh tersilap langkah dan rugi lagi besar.

Ekonomi dunia akan pulih akhirnya dan sejarah telah membuktikannya. Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997/98 lagi teruk dan dan akhirnya pulih semula. Begitu juga US Subprime Crisis 2008. Ini adalah lumrah roda turun naik ekonomi dunia.

Jika anda memilih untuk keluarkan pelaburan anda sekarang, kemungkinan anda akan terlepas peluang kenaikan pasaran saham. Saya tidak tahu bila exactly akan naik, tapi pasti akan naik juga. Itulah sebabnya anda kena kekal melabur.

Ini kerana gelombang kenaikan pasaran saham akan naik amat pantas, umpama sekelip mata. Dalam setahun hanya ada beberapa hari sahaja di mana kebanyakan keuntungan dijana. Umpama penjual durian yang mempunyai tempoh yang pendek untuk jual duriannya. Kalau dia terlepas musim tahun ini, jawabnya tunggu tahun depan pula lah.

Naik Lif (elevator) atau Tangga?

Dulu pernah saya perhatikan seorang lelaki pertengahan umur tidak pernah naik lif untuk ke rumahnya di tingkat 9. Dia naik tangga sahaja.

Saya bertanya kenapa dia tidak naik lif? Dia jawab, naik tangga bagus untuk kesihatan. Tapi tentulah itu bukan jawapan sebenar memandangkan perutnya tidak kurangnya daripada saya.

Setelah ditanya lagi, dia takut naik lif sebenarnya. Dia pernah sekali terperangkap dalam lif dan fobia hingga hari ini. Dan katanya lagi, tidak mustahil kabel lif boleh putus.. wah tidak dapat saya bayangkan kalau kabel lif putus.

Lagipun, masa menunggu pun lama sebab ramai orang dan ada kalanya hanya satu sahaja lif yang beroperasi.

Pun begitu, isteri dan anak-anaknya memilih guna lif berbanding tangga. Saya tanya, siapa yang akan sampai ke tingkat 9 dulu, dia atau ahli keluarganya?

Tentulah kebanyakan masa dia yang akan sampai lambat, dan kunci rumah dibawa oleh isterinya. Ya lah, kalau tunggu dia, bila nak sampai. Amat jarang dia sampai ke atas dulu.

Saya tanya isterinya pula, dalam pada nak naik ke tingkat 9, jika lif berhenti di tingkat 5, adakah puan akan keluar dan pilih naik tangga dari tingkat 5. Sebenarnya saya tak tanya pun, sebab akan kelihatan bodoh pula tanya soalan ini.

Hatta, jika lif behenti di setiap tingkat pun, dia masih dalam lif hingga lah sampai tingkat 9. Tetapi ini amat jarang berlaku.

Daripada cerita ini beberapa pemerhatian boleh dibuat dan kita kaitkan dengan konsep pelaburan.

Pertama, rumah lelaki itu umpama objektif pelaburan. Tingkat berapa kita nak naik seperti berapa lama lagi kita nak bersara.

Kedua, tangga dan lif adalah alat pelaburan yang boleh dipilih untuk mencapai objektif pelaburan. Contohnya, kalau rumah di tingkat 1, lebih baik naik tangga sahaja daripada menunggu lif. Kalau lagi tinggi, lif adalah pilihan terbaik walaupun ada risikonya.

Kadang-kadang anda tersalah lif, nak naik atas tapi termasuk dalam lift nak turun. Biasa terjadi kan? Apa anda buat? Stay dalam lif sahaja dan tunggu naik semula.

Dalam situasi pelaburan sekarang, lif kita terhenti seketika di tahun 2015 dan 2016. Tetapi anda masih perlu stay the course. Jika lif mula naik, siapa akan cepat naik, yang guna tangga atau guna lif?

Kalau pasaran mula naik, unit trust atau KWAP yang akan naik lebih cepat? Sekarang terpulang pada anda nak keluar lif atau tidak. Jika anda keluar, pintu lif akan tertutup dan anda pilih lah sendiri nak naik tangga atau tunggu lif seterusnya.

Sekian,

Elias Abllah, Personal Finance

IFP

Unit Trust Untung 5% je.. Apa nak buat?
Tagged on:                 

2 thoughts on “Unit Trust Untung 5% je.. Apa nak buat?

  • June 12, 2017 at 11:27 am
    Permalink

    salam tuan.turun naik harga dana UT disebabkan apa ya? i.e semalam 0.5000..harini 0.5010.. kalu stock market sedia mklum disebabkan pembelian dan penjualan stock tersebut. adakah konsep yg sama dlm UT?

    Reply
    • June 12, 2017 at 11:29 am
      Permalink

      Oleh sebab Dana UT dilaburkan ke dalam stock market, maka harga per unit juga akan turut naik dan turun mengikut stock market

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *