Alhamdulillah saya dijemput untuk bagi training di Türkmenbaşy , nun jauh di tepi lautan Caspian, sebuah daerah di negara Turkmenistan.

Flight daripada KLIA transit di Bangkok selama enam jam sebelum sambung dengan Turkmenistan Airline ke Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.

Penerbangan mengambil masa 6 jam, merentasi New Delhi dan dari kejauhan boleh nampak pergunungan Himalaya. Entah yang saya nampak tu gunung everest tak?

Kemudian merentasi pergunungan Afghanistan. Sempatlah ambil gambar yang tak seberapa.

Sampai di Ashgabat pukul 10 pagi waktu sini (beza tiga jam dengan Malaysia). Kena buat visa dengan bayar USD 139 untuk visa sebulan. Agak mahal lah jugak.

Landing di Ashgabat
Airport baru Ashgabat

Walaupun airport baru, tapi tak ada free wifi. Susah jugak nak whatsapp dengan update facebook ni. Itu yang penting kalau dah landing kan.

Alhamdulillah semuanya lancar di imigresen dan kastam. Driver nama Poladov dah tunggu. Dia ni boleh cakap Russia je.

Saya dengan seorang lagi rakan trainer dibawa ke guest house sementara nak tunggu next flight kul 9 malam waktu sini (beza 3 jam dengan Malaysia). 

Sesampai di guest house, mula terpikir nak makan kat mana tengah hari ni? Bukan ada apa-apa dalam guest house tu. Kedai makan pun tak nampak.

Nasib sempat tahan Paladov untuk bawa makan dulu sebelum dia blah. Itupun terpaksa cakap dengan boss dia dulu.

Kami makan kebab kambing kat Hezzet Market. Terjumpa rakyat Malaysia kat sini. Duta Malaysia pun ada sekali. 

Dah makan dah kenyang kami balik ke guest house dan cari wifi. Masing-masing nak update kat family. Masalahnya, wifi connected tapi tak dapat terima whatsapp dan update facebook.

Rupanya, kat sini whatsapp dengan facebook kena block la. Nasib baik email dan blog boleh update.

View dari bilik 

Kami check out pukul 720 petang dan terus di bawa ke terminal domestic untuk ke Türkmenbaşy. Airport ambil masa 20 minit dari guest house.

Sempatlah minum kopi dengan makan lempeng keju susu kambing. Best jugaklah.

Sambil minum sambil tengok orang-orangnya. Yang cantik macam Neelofa tu banyak.

Alhamdulillah selamat sampat di Türkmenbaşy pukul 10 malam. Nampaknya lempeng Turkmen tadi tak bertahan. Nak kena cari makan pula.

Masalahnya, pukul 10 semua kedai dah tutup sini. Bukan macam kat KL ada mamak.

Tahankan lapar sampai ke camp, dengan harapan masih ada makanan. Alhamdulillah masih ada nasi goreng dan pizza yang berbaki supper tadi.

Time untuk mandi dan tidur. Nanti sambung lagi kisah trip ke Turkmenistan.

Pemerhatian saya, bandar di sini gaya Islamik ala macam Iran. Tehran pun tak jauh, berkongsi laut caspian juga.

Bandar Ashgabat amat bersih dan amat tersusun. Jalan raya dia amat rata tanpa lekuk dan keluk. Smooth sahaja dan tanpa tol.

TV semuanya bahasa Russia atau turkey. Cerita hindustan pun di alih bahasa.

Next, saya update pergi jalan-jalan di bandar  Türkmenbaşy.

InsyaAllah.

Turkmenistan Trip

One thought on “Turkmenistan Trip

  • September 21, 2018 at 12:19 pm
    Permalink

    Tak pernah dengar nama pun tentang Turkmenistan sebelum baca entri ni. Tapi suasana nampak amat damai juga. Mungkin boleh pergi melancong jika ada peluang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *