Oleh Bahrin A Aziz

Kerja sebagai Unit Trust Consultant ni, di antara soft skill yang dianggap paling penting ialah bagaimana “menguruskan” manusia (samada clients atau downlines).

Tidak terkecuali, “mengurus” manusia tu tadi, termasuk lah mengurus “diri” kita sendiri yang pastinya memang seorang manusia juga!

Apakah di antara perkara yg berkaitan pengurusan “diri” yg penting itu..?

Bole bincang2 kan….?

Sebelum cuba “mengurus” clients atau downlines, mestilah “menguruskan” diri kita dulu

Ooops! Mengurus tu “manage” ya! Bukan “mengurus” utk slim

Hehehe…

Di antara perkara penting utk diuruskan oleh diri kita supaya kita sendiri lebih berjaya:

#1 Wajib jatuh CINTA dulu kepada bisnes Unit Trust ni!

Bila CINTA dah berputik, insyaALLah membujur lalu melintang patah! Dan, lautan api sanggup ku renangi…. “burning desires!”

Tak kenal, maka tak CINTA!

Jadi… ilmu dan info Unit Trust mestilah berada dihujung jari kita….

Faham ek…?

#2 Harus banyak-banyak berSABAR…!

Usain Bolt takkan jadi pelari hebat seperti sekarang, sebelum dia sendiri sudah pasti jatuh dan bangun ribuan kali, serta pasti bertatih-tatih2 dahulu sebelum pandai berlari, di suatu masa dulu.

Kejayaan tidak dtg bergolek.

Banyak pengorbanan diperlukan, terutama pengorbanan MASA…. yang mana ramai jadikan alasan/common excuses, tak boleleh datang sebab “sibuk”.

Faham eh?

#3 Tak jemu “mengejar” dan belajar dari Orang Berjaya! Otai-Otai dan Sifu-Sifu.

Orang pandai, belajar dari buku…

Org bijak, belajar dari Orang Dah Berjaya!

Kejayaan bukan dari teori semata-mata, tetapi daripada praktikal, yang telah dibuat oleh Otai-Otai dan Sifu-Sifu yang dah mengecap kejayaan.

Tahu menghormati, ambil hati dan rajin bertanya adalah antara skill yg penting, utk mendapatkan petua, tunjuk ajar & “aura” dari mana Otai dan Sifu.

#4 Kekalkan KEYAKINAN diri dengan “self esteem” yg cukup tinggi!

Inside —> out!

Bukan,

Outside —> in

Pasti akan tau selok belok “Closing Sales” yang tepat dan mantap.

“Self promoting” yang betul terhadap prospeks, insyaALLah akan mmbuahkan hasil yg diharapkan.

#5 Belajar untuk kekalkan momentum.

Bertindak dgn penuh dedikasi & istiqomah…

Secara tindakan, lisan atau sekurang-kurangnya dlm hati…

We are “movers” & “shakers”

24/7 no-vacation-or-sick-day

Melainkan… we are ever ready… to close sales!

(6)…. (10)…. to be continued, insyaALLah

Bahrin A Aziz

Tips Untuk Unit Trust Consultant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *