Pagi ini saya buka youtube Tony Robbins. Ceritanya pasal macam mana nak capai kejayaan. Saya olah sedikit apa yang beliau cakap dalam 30 minit videonya plus apa yang saya belajar di kuliah Mahgrib sebelumnya.

Di manakah standard anda sekarang secara kewangan atau kesihatan? Ke tahap mana anda ingin tingkatkan standard anda?

Contohnya, ramai yang buat resolusi awal tahun untuk turunkan berat badan. Mereka ingin mencapai tahap baru daripada segi kecergasan. Balik kembali seperti zaman study dulu.

Namun apa jadi selepas hampir setengah tahun sekarang?

Berat badan kita sekarang adalah hasil ‘ritual‘ yang kita buat hari demi hari. Apa yang kita makan, berapa kerap workout dalam seminggu dan berapa kilometer kita lari.

Maka untuk new standard kita perlukan ‘new ritual’. Tukar tabiat makan, pilih makanan yang lebih baik, lebih rajin berlari, cari coach, kawan dengan kaki fitness dan sebenarnya tiada rahsia atau shortcut untuk ini.

Begitu juga untuk jadi muslim yang lebih baik. Check semula kualiti ritual kita sehari-hari. Berapakah markah kualiti solat kita hari demi hari?

Raise your standard. Kita boleh mulakan dengan pakai pakaian yang lebih baik ketika solat. Apakah ‘uniform kita semasa solat’.

Dalam kuliah Maghrib hari Jumaat yang lepas, ustaz kata yang lelaki terutamanya, datang ke surau dengan baju melayu, kopiah atau siap berjubah serban. Ni kes datang surau. Di rumah tidak tentu lagi. Ada solat tak pakai baju pun!

Mungkin dulu-dulu kita tengok datuk atau ayah kita setelah penat di bendang, maka balik solat zohor di rumah hanya berkain pelikat tanpa berbaju. Lurah belakang tu boleh pula disumbat dengan kopiah.

Orang alim dulu-dulu bila nak baca kitab hadis, siap pakai bersih, wangi dan berwudhuk lagi. Ditanya mengapa pakai begitu cantik dan wangi pula, maka dijawab bila buka kitab hadis dia rasa seumpama Rasulullah berada di depan mata. Walau yang sebenarnya hanya kata-kata Nabi sahaja.

Apatah lagi baca Al Quran.

Kalau tetamu datang ke rumah, adakah beradab kita sebagai tuan rumah menyambutnya dengan tanpa baju dan tidak gosok gigi pun?

Apatah lagi nak menghadap Allah ketika solat.

Point saya ialah, kita kena tingkatkan standard kita dengan ubah cara kita buat sesuatu. Mulakan daripada luar dan yang di dalam akan terikut sama.

Kalau malas nak jogging pun, just pakai je kasut dan baju sukan. Ya pujuk diri sendiri ‘mari kita pakai baju sahaja, tak payah lari pun’. Chances that you will run, believe me.

Kalau malas nak ke surau pun, pakai cantik-cantik macam nak raya. Automatik berasa nak ke surau.

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance.

 

Tingkatkan Standard Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *