Di mana anda lima tahun akan datang? Dalam kontek sebagai agent unit trust, anda mesti jadi Group Agency Manager (GAM) dengan pendapatan lebih 20 ribu sebulan.

Matlamat anda mestilah jelas dan anda mesti rasa yang anda pasti jadi GAM. Umpama kita nak balik kampung, keluar dari rumah dan start enjin kereta, kita sudah terbayang kampung halaman.

Kita tak perlu nampak seluruh ratusan KM jalan untuk kita yakin kita akan sampai. Apa yang kita nampak hanya 5km di hadapan. Kalau memandu di malam hari, kita hanya nampak 100 meter di hadapan.

Lagi 100 m atau 5km di hadapan terus menerus dibentangkan kepada kita sehingga akhirnya kita nampak bumbung rumah orang tua kita.

Anda akan sampai bila anda sampai. Tak perlu untuk risau bagaimana ia akan sampai. Seperti mana juga anda order makanan di kedai makan, anda tidak perlu buat order berkali-kali. Hanya sekali dan rileks, makanan anda akan sampai sebentar lagi.

The Power Of Now

Untuk mencapai apa sahaja yang anda inginkan di masa depan, amatlah penting anda fokus apa yang ada di tangan hari ini.

Mungkin anda rasa kerja anda tidak bawa anda kemana. Atau anda dalam bisnes yang salah, keluarga yang salah atau duduk di bandar yang salah.

Jika itu yang anda rasa dengan keadaan anda sekarang, maka perasaan dan tindak tanduk anda hanya akan menyebabkan anda terus terperangkap dalam keadaan sekarang dan gagal mencapai apa yang anda inginkan.

Oleh itu, laksanakan tugas anda sebagai pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat dan sebagai seorang muslim dengan lebih baik hari ni.

Seperti mana memandu ke destinasi, lalai 2 saat bakal membawa padah.

Sebagai pekerja, tingkatkan prestasi kerja anda. Tunjukkan kesungguhan anda kepada setiap orang yang anda berurusan. Bos, rakan sekerja atau client pasti nampak anda lebih positif.

Sebagai ahli keluarga, jadi seorang anak, isteri atau suami yang lebih baik hari ini. Rapatkan hubungan silatul rahim sesama keluarga.

Sebagai ahli masyarakat, kemas meja setelah anda selesai makan di restoran. Jangan buang sampah daripada kereta dan bertimbang rasa di jalan raya.

Sebagai muslim, perbaiki ibadat dan hubungan dengan tuhan. Lakukan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan lebih baik dan jangan tangguh untuk buat sedekah.

Buat itu semua mulai sekarang. NOW!

Begitu juga untuk hari demi hari yang di hamparkan kepada anda. Jalan pasti akan terbuka selangkah demi selangkah untuk anda sampai ke puncak.

Beri nilai kepada semua orang lebih daripada wang ringgit yang anda terima. Jika anda bekerja, berikan nilai lebih daripada gaji yang anda terima.

Nilai yang lebih ini akan ‘propel‘ anda kepada tahap yang lebih tinggi. Tetiba urusan anda menjadi lebih mudah. Porspek yang dulunya reject anda, kembali contact anda dan ingin menjadi client anda. Banyak keajaiban akan berlaku dan rezeki anda melimpah ruah.

Percayalah, dengan buat lebih baik hari ini tanpa lupa ke mana yang anda ingin sampai, anda pasti berjaya.

Jika kurang ilmu atau skill yang perlu, anda akan dipermudahkan terima ilmu. Jika kurang propek, akan ada yang akan kenalkan anda dengan prospek yang berkualiti.

Dengan perubahan ini anda akan berkawan dengan orang yang lebih positif. Kawan yang negatif tidak mampu menerima anda positif.

Semua ini adalah possible sebab anda buat apa yang ada di tangan anda dan di mana anda berada sekarang ini dengan lebih baik.

InsyAllah.

THE POWER OF NOW!

Elias Abllah.

The Power of Now
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *