Alhamdulillah, pihak pengurusan Tabung Haji sudah memperjelaskan cara kira Hibah Tahunan dan Hibah Haji berdasarkan cara-cara tahun sudah.

Sebelum ini heboh di media sosial, yang asalnya mengikut baki minima tahunan. Berikut adalah siaran akhbar terkini daripada laman web Tabung Haji.

Kiraan Baki Minima Bulanan 
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM 1000 (Baki min Jan)
+ RM 2000 (Baki min Feb)
+ RM 3000 (Baki min Mar)
+ RM 4000 (Baki min Apr)
+ RM 5000 (Baki min May)
+ RM 6000 (Baki min Jun)
+ RM 7000 (Baki min Jul)
+ RM 8000 (Baki min Aug)
+ RM 9000 (Baki min Sep)
+ RM 10,000(Baki min Oct)
+ RM 11,000 (Baki min Nov)
+ RM 12,000(Baki min Dec)

Purata Minima Bulanan

= RM 78,000/12 bulan

= RM 6500

Oleh itu, Hibah Tahunan

= 4.5% x RM 6500

= RM 292.5

Untuk Hibah Haji Pula

= 1.75% x Purata Minima Bulanan

= 1.75% x RM 6500

= RM 113.75

Pun begitu, Hibah Haji terhad kepada jumlah kos haji dan juga hanya untuk mereka yang belum pergi haji.

Bagaimana Pengiraan Untuk Jumlah Lebih RM 9980?

Hibah Tahunan 4.5% campur Hibah Haji 1.75%, sekali imbas kita terus mencongak jumlah keseluruhan sebanyak 6.25%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 6.25%. Ini kerana Hibah Haji 1.75% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad kepada jumlah simpanan mengikut kos haji iaitu RM 9980.

Mari kita lihat contoh pengiraannya,

Kes 1 : Simpanan RM 100,000 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5 % = RM 4500
Hibah Haji 1.75% x 9980 = RM 174.65
Total = RM 4674.65
Effective Return = 4674.65/100000 = 4.67%

Kes 2 : Simpanan RM 9980 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5 % x RM 9980 = RM 449.10
Hibah Haji 1.75 % x RM 9980 = RM 174.65
Total = RM623.75
Effective return 623.75/9980 = 6.25%

Kes 3 : Simpanan RM 5000 dari Jan-Dec 2017
Hibah Tahunan 4.5% = RM 225
Hibah Haji 1.75 % x RM 5000 = RM 87.50
Total = RM 312.50
Effective return 312.50/5000 = 6.25%

Saya dapati, hanya simpanan yang kurang daripada RM 9980 yang akan dapat 6.25% effective return.

Itu pun syarat nya tidak pergi haji lagi.

Untuk mendapat fully 6.25 % effective return maka munasabah untuk simpan di Tabung Haji tidak lebih daripada RM 9980.

Maknanya jika baki simpanan tabung haji masih belum cecah RM 9980 maka boleh lah top up sehingga cukup RM 9980.

Jika sudah sampai RM 9980 dan mencapai objektif mencukupkan wang pergi haji, mungkin lebih baik anda mencari alternatif lain yang beri pulangan lebih 4.5% untuk mencapai objektif kewangan lain pula.

Wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut,

Terbaru! Pengiraan Hibah Tahunan dan Hibah Haji 2017
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *