Kekayaan umpama roda. Bila harga minyak tinggi, kekayaan terkumpul kepada syarikat dan negara pengeluar minyak (pekerja syarikat minyak?).

oil wealth transfer fortune list

Pada tahun 2000, hanya Exxon-Mobil mewakili syarikat minyak dalam senarai 10 teratas dalam senarai Global Fortune 500. Harga minyak ketika itu ialah $41/bbl. Tahun 2012, ada 7 syarikat minyak dalam senarai 10 teratas apabila harga minyak $106/bbl.

Perhatikan juga pergerakan PETRONAS, melangkau ke tempat 68 pada tahun 2012 daripada tempat ke 311 pada tahun 2000.

Dulunya saya jangkakan bisnes peruncitan besar seperti Wal-Mart akan kembali mengambil alih tahta teratas carta, tetapi nampaknya saya silap.pemindahan-kekayaan

Data daripada Yahoo! Finance dan Forbes menunjukkan Apple dan seangkatannya mendahului carta. Amozon mengambil tempat Wall Mart sebagai medium baru pemasaran runcit. Shell dan BP sudah pun terkeluar carta.

Terbaru Google melabur besar dalam sumber tenaga boleh diperbaharui (renewable). Mereke melabur di Norway dan Sweden. Kini, Google mempunyai 7 Power Purchase Agreement di Eropah dan 18 lagi di seluruh dunia.

Dalam pada PETRONAS membina RAPID, stesen caj EV untuk kereta elektik bercambah bak cendawan selepas hujan di Amerika.

ev-charging-map1

Pengeluar kereta ternama TOYOTA, BMW, MERCEDES dan TESLA berlumba-lumba membina keupayaan mengeluarkan kereta elektrik.

Ini senada dengan tema pengurangan pemanasan global dan teknologi hijau yang lebih bersih. Semua menuju ke arah ‘low carbon print‘.

Tambahan pula penghasilan elektrik tidak lagi dijana dengan minyak. Arab Saudi sendiripun sedang menyiapkan stesen janakuasa elektrik terbesar bersumberkan gas asli. Selain itu Saudi mempunyai seluas-luas padang untuk membina lapangan solar dan kincir angin untuk menjana tenaga elektrik.

Zaman kegemilangan minyak bermula dengan tamatnya zaman arang batu. Kini hayatnya bergantung sebanyak mana manusia masih menggunakan minyak untuk pengangkutan.

Semua di atas adalah tanda-tanda besar berakhirnya era keemasan minyak. The end of oil.

Era baru nanti seperti mana era sebelumnya akan membawa sumber kekayaan baru kepada dunia. Seperti perubahan zaman batu kepada zaman logam pada manusia purba.

Iron age man holding an iron.
Iron age man holding an iron.

Kita berada di tengah fasa peralihan. Sumber manusia dan modal beralih daripada industri tenaga kepada industri baru. Ia akan mengambil sedikit masa lagi.

The darkest hour is just before the dawn.

wallahualam,

Elias Abllah, Personal Finance

Tamatnya Zaman Kegemilangan Minyak
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *