Minggu lepas saya mengajar subjek Risk and Uncertainty untuk kelas Petroleum Economics. Saya mula kelas dengan menayangkan video klip pendek daripada filem Princess Bride.

Antara scene yang paling menarik ialah battle of wits antara hero (Westley) dan penjahat (Vizzini).

Penjahat menculik tuan puteri dan meletakkan pisau di leher tuan puteri. Penjahat kata dia tidak boleh menang jika lawan secara fizikal dengan hero, tetapi dia mengaku yang dia seorang yang bijaksana dengan CGPA 4 flat. (CGPA ni saya tambah).

Hero tentu lebih kuat fizikalnya daripada dirinya, dia tidak akan menang jika beradu kekuatan.

Oleh itu hero menawarkan mereka bermain teka teki maut. Hero akan meletakkan racun ke dalam  salah satu daripada dua gelas di luar penglihatan penjahat yang berdahi luas  tu.

Kemudiannya si penjahat pilih untuk minum daripada gelas mana dan hero daripada gelas yang satu lagi.

Disebabkan dia fikir dia lebih bijak dia percaya dia akan menang dengan sebab berikut

” All i have to do is divine from what I know of you: are you the sort of man who could put into poison into his own goblet or his enemy’s? Now, a clever man would put the poison into his own goblet, because he would know that only a great fool would reach for what he was given.

I am not a great fool, so I can clearly not choose the wine in front of you. But you must have known I was not a great fool, you would have counted on it, so I can clearly not choose the wine in front of me”

Sama ada pilih gelas depan dia atau depan hero, si penjahat boleh berikan justifikasi. Jadi pilihan dia berkitar dalam bulatan yang sama.

Akhirnya dia mengalihkan tumpuan hero dan menukar kedudukan gelas.

Sambil ketawa dengan yakin si penjahat minum daripada gelas di depannya dan hero daripada satu lagi.

Dia dengan yakin yang hero sudah tertipu sebab tak tahu yang gelas sudah bertukar kedudukan.

Dengan nada sombong inteleknya dia berkata.;

“You fell victim to one of the classic blunders. The most famous is never get involved in a land war in Asia but only slightly less well known is this never go against a Sicilian when death is on the line”

Dia akhirnya mati dalam pada dia ketawa yakin dia sudah menang.

Pengajaran

Kisah ini di bawa oleh Avinish K. Dixit, professor dari Princeton dan Barry J. Nalebuff, professor dari Yale dalam buku The Art of Strategy.

Dalam kisah di atas, hero sebenarnya telah masukkan racun ke dalam kedua-dua gelas. Dia pula sudah kalis dengan racun itu sendiri.

Oleh itu tidak kisahlah gelas mana yang dipilih, hero tetap selamat dan musuhnya akan mati tidak kisah apa yang dipilihnya.

Penjahat Vizzini tidak tahu maklumat kritikal ini. Dia bermain permainan yang mustahil menang.

Pengajarannya, bila ada pihak mengajak kita bermain game, kita mesti berfikir “Adakah mereka mengetahui apa yang kita tidak tahu?”

Sekian, Wassalam.

Elias Abllah

TTAYTT : Tak Tahu Apa Yang Tak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *