Sime Darby, Axiata, Petronas Dagangan, Petronas Gas dan Telekom; antara pelaburan utama ASB, Tabung Haji dan KWSP.

Hampir semua unit amanah di luar sana juga memiliki saham dalam syarikat yang sama.

Tetapi kenapa pulangan dividen tahunan berbeza-beza antara mereka? Kenapa tahun bila harga saham melonjak pulangan ASB akan lebih rendah daripada unit amanah jenis equiti?

Alokasi Aset

Faktor utama dalam menentukan peratus pulangan bukanlah siapa pengerusi Tabung Haji tetapi strategi alokasi aset yang telah dimandatkan dalam prospektus antara saham dan bukan saham. Equiti atau bukan equiti. (saham =equiti)

Gambar ini menunjukkan perbezaan strategi alokasi aset antara ASB, Tabung Haji dan KWSP pada tahun 2014.

Perbezaan aset alokasi asb tabung haji kwsp

Bila kita membeli saham Sime Darby kita melabur dalam equiti. Pulangan pelaburan dalam bentuk dividen dan kenaikan harga saham Sime Darby.

Tidak ada jaminan keuntungan dalam pelaburan equiti Sime Darby, semuanya bergantung kepada prestasi kewangan Sime Darby.

Kita juga boleh membeli bon atau sukuk yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Umpama kita memberi hutang kepada Sime Darby untuk buat modal perniagaan.

Kita sebagai pemegang sukuk akan menerima pulangan pada kadar tertentu tanpa mengira sama ada Sime Darby buat untung atau tidak.

Bermakna sebagai pemegang sukuk atau bon, risiko lebih rendah berbanding jika kita pegang saham.

Begitupun, jumlah tahun di mana prestasi saham mengatasi prestasi bon lebih banyak. Contohnya, lapan daripada sepuluh tahun pulangan saham lebih tinggi daripada pulangan sukuk atau bon.

Contoh pengiraan

Andaikan kita ada modal RM 100,000. Ada tiga pilihan strategi alokasi aset.

#1 RM 100,000 dalam equiti

#2 RM 100,000 dalam bon

#3 RM 50,000 equiti dan RM 50,000 bon

Selepas setahun, pasaran equiti naik 20% dan bon naik 5%. Maka;

Strategi #1 menghasilkan pulangan sebanyak RM 20,000

Strategi #2 menghasilkan pulangan sebanyak RM 5,000

Strategi #3 menghasilkam pulangan sebanyak RM 12, 500

Ini menunjukkan dalam keadaan pasaran equiti menaik lebih baik melabur 100% dalam saham. Sebaliknya jika pasaran equiti menjunam, melabur dalam bon lebih baik.

Tapi siapalah yang boleh meneka harga saham akan naik atau turun.

Oleh itu cara yang lebih baik ialah dengan mengimbangkan antara equiti dan bon mengikut matlamat dan jangka masa pelaburan.

Jika pelaburan equiti lebih bagus daripada bon, kenapa kisahkan melabur dalam bon?

Ini kerana sifat equiti yang sentiasa turun dan naik. Lagi singkat masa lagi ‘volatile’ sifatnya. Maka perlukan bon untuk menstabilkan pulangan.

saham petronas dagangan

Carta di atas menunjukkan pergerakan harga saham Petronas Dagangan.

Tahun harga naik lebih banyak daripada tahun yang turun sepanjang sepuluh tahun. Tahun 2008 dan 2014 mencatat pulangan negatif dan tahun-tahun lain semuanya positif.

Jika ada liga piala pelaburan pula, kebanyakan tahun akan dimenangai oleh pasaran equiti berbanding bon.

Dalam artikel akan datang saya akan ceritakan bagaimana melabur mengikut kitaran hidup.

Kesimpulan.

Dalam keadaan ekonomi merosot, pulangan ASB, Tabung Haji dan KWSP akan mengalahkan pulangan unit amanah yang melabur hampir 90% dalam pasaran equiti.

Dan sebaliknya jika pasaran equiti meningkat naik.

Strategi Pelaburan ASB, Tabung Haji dan KWSP
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *