Untuk buka McDonald anda memerlukan sekurang-kurangnya RM 3 juta tunai. Anda bayar bukan untuk harga burger tetapi untuk suatu System yang sudah terbukti.

Nilaian perniagaan McDonald di Malaysia dianggarkan bernilai RM 1.6 billion. Manakala jumlah aset yang diuruskan oleh Public Mutual bernilai RM 60 billion.

Namun, untuk perniagaan sebesar ini apakah modal yang diperlukan oleh agen unit amanah seperti saya dan rakan-rakan seperjuangan?

Dalam bisnes ini, kita tidak perlu modal wang berjuta-juta. Yang amat diperlukan ialah modal sosial.

Apa itu modal sosial? 

Social capital is an economic idea that refers to the connections between individuals and entities that can be economically valuable. Social networks that include people who trust and assist each other can be a powerful asset

Dengan kata lain, untuk membina modal sosial yang besar seseorang perlu membina hubungan yang kuat, jangka panjang dan mendapatkan kepercayaan orang kepadanya.

Tanpa modal ini, amat susah untuk seorang agen unit amanah maju dalam perniagaan ini. Bayangkan seorang yang pernah tipu duit kawan, dapatkah dia menyakinkan kenalan untuk melabur dengannya?

Tentu sekali tidak kerana orang seperti ini sudah negatif modal sosialnya.

Ramai agen baru tidak mempunyai kenyakinan untuk mulakan perniagaan ini. Ini biasanya timbul kerana kurangnya pengalaman dan skil menjual.

Bagi saya skil boleh dilatih dan pengalaman boleh dikutip. Tetapi jika modal sosial tiada, inilah yang merisaukan saya.

Saya amat yakin, agen-agen yang menyertai saya dalam perniagaan ini, orangnya baik-baik belaka. Mempunyai sikap yang positif dan nilai diri yang cemerlang. Tinggal lagi untuk diasah tajam skil jumping smash sahaja. Oleh itu, anda semua harus berasa yakin dengan kemampuan anda.

Membina Modal Sosial Digital

Facebook, twitter dan intagram adalah media sosial digital. Kita boleh membina modal sosial melalui content yang kita coretkan di dalamnya.

Apa yang kita kongsikan di media ini tidak semestinya hanya berkenaan perniagaan kita sahaja. Anda mungkin pakar buat cheesecake atau mahir dalam berkebun. Kongsikan sahaja di laman sosial.

Anda mungkin ada kelebihan ilmu dalam parenting. Atau anda mahir dalam bab permotoran. Tulis dengan baik dan ambil gambar yang menarik, kongsikan.

Sesekali kongsikan aktiviti anda sebagai agen unit amanah.

Social Bank Account

Modal sosial ini ibarat saving akaun di bank. Anda perlu terus menerus menyimpan di bank. Simpanan tidak menimbun dalam masa sehari atau seminggu.Hubungan baik harus disuburkan. Ramaikan kawan kurangkan sengketa.

Kadang-kadang kita terpaksa keluarkan simpanan ini untuk membayar kesilapan kita. Kita sebagai manusia biasa tidak lari daripada kesilapan. Mungkin ada perkataan kita yang menyinggung hati orang.

Jika simpanan nipis, kemungkinannya akan muflis.

Sekian,

Elias Abllah, Personal Finance

 

Social Capital, Modal Untuk Perniagaan Unit Amanah
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *