Ramai unit trust consultant menyertai team saya tahun ini. Ada yang muda dan ada yang senior. Suri rumah, geng oil and gas dan juga students. Part timer dan full timer.

Banyak juga pertanyaan daripada unit trust consultant yang baru. Walaupun sudah lulus exam CUTE dan menghadiri kelas asas unit trust masih banyak hal-hal teknikal yang masih belum terjawab. Dulu saya pun seperti anda juga.

Sumber rujukan yang terdekat ialah line of sponsor anda yang terdiri daripada Agency Supervisor, Agency Manager dan Group Agency Manager. Branch Manager dan kakitangan di branch Public Mutual juga pakar rujuk untuk anda semua. Leader dan branch sentiasa menganjurkan aktiviti secara berkala seperti agency meeting dan group meeting.

pillar of success as unit trust agen

Selain itu module Quick Start dan Succes 101 yang disediakan oleh Public Mutual merupakan tempat terbaik untuk menjawab semua soalan anda. Lagipun dua module ini adalah wajib untuk anda naik pangkat ke Agency Supervisor.

Pun begitu, mungkin ada soalan-soalan yang masih belum terjawab. Banyak perkara yang kita pelajari daripada pengalaman dan kita kena sentiasa mengikuti perkembangan industri unit trust di Malaysia.

Saya dapati soalan yang ditanya lebih kurang sama, oleh itu saya kumpulkan semua soalan-soalan lazim untuk manfaat semua unit trust consultant yang baru di seluruh Malaysia.

#1 Berapa kerap kita kena monitor pelaburan client?

Sebagai unit trust consultant di Public Mutual anda mesti ada CAMS software. Software ini penting untuk monitor pelaburan client kita. Jika belum ada, sila download CAMS daripada UTC Connect.

Ada dua mode macam mana kita update client kita, iaitu secara berkala atau on incidental basis.  Contoh secara berkala ialah pelaburan KWSP. Paling kurang setiap 3 bulan sekali. Ini juga berkebetulan dengan tempoh masa pengeluaran seterusnya pelaburan ahli KWSP

Untuk pelaburan lump sump dan DDI saya sarankan at least 6 bulan sekali kita hantar statement pelaburan kepada client. Ini untuk menandakan unit trust consultant mereka masih hidup dan aktif.

On the incidental basis bermakna bila ada keperluan timbul untuk memberitahu client. Contohnya pembukaan semula PIOF, fund yang fantastic bombastic, maka kita mesti update kepada client. Client tentunya tidak mahu terlepas peluang menambah pelaburan dalam fund yang agak rare ini.

Contoh lain ialah apabila terdapat beberapa sebab yang memerlukan pelabur mengimbangi semula portfolio pelaburan mereka.

Ini saya jawab dalam soalan yang kedua

#2 Cara untuk monitor pelaburan client dan switch fund

Pertama, kita harus cakna apakah objektif pelaburan client kita. Contohnya, objektif Ustaz Ahmad untuk mengumpul RM 1 juta dalam masa 15 tahun. Dengan andaikan pulangan 8% setahun maka client kita mesti simpan RM 2870 sebulan dengan konsisten. Atau RM 302,396 secara lump-sum investment.

Maka kita kena monitor progress pelaburan client kita supaya mereka tahu sama ada mereka on target atau ada gap yang perlu diisi.

Jika on target maka client tentunya akan berasa gembira. Lebih baik daripada itu jika pelaburan mereka exceed expectation. Contohnya 10 tahun dah hit RM 1 juta. Maka ketika ini kita boleh advise client kita untuk buat pengeluaran atau switch pelaburan mereka kepada fund yang lebih conservatif.

Jika behind target, maha penting duduk bersama dengan client untuk update dan revise the plan as necessary. Kebanyakan agen mula menjauhi client jika akaun menunjukkan kerugian. Pada hal ketika inilah penting untuk kita berjumpa dengan client.

Kita kena tahu apa puncanya terlebih dahulu. Apa sebabnya pelaburan client tidak on track dengan objektifnya?

Jika berpunca specific kepada fund yang dipilih maka kita kena cepat untuk cut loss dan switch kepada fund yang lebih perform. Dalam setandan pisang tentu ada yang rosak.

Jika berpunca daripada general market condition, maka kita mesti yakinkan client kita untuk mengambil kesempatan menambah unit dengan pump in additional fund ke dalam pelaburan yang sedia ada. Ini kerana market force akan correct itself dan rebound kembali.

Kedua, jika P/E KLCI melebihi 20. P/E bermaksud price over earning yang mengukur sama ada pasaran saham underprice atau overprice. Lagi tinggi P/E lagi pricey pasaran saham.

Namun indicator ini amat tricky untuk digunakan jika kita tidak mahir dalam membaca rentak turun naik pasaran saham. Peluang untuk melakukan kesilapan juga tinggi. Bab ini saya akan share dalam kelas nanti.

#3 Kenapa melabur dalam unit trust dan bukan ASB atau biarkan dalam KWSP?

Apakah yang perbezaan utama antara KWSP dengan unit trust? Biasanya ramai yang membandingkan peratus pulangan tahunan. Saya tidak mahu membandingkan rekod prestasi pulangan pelaburan KWSP dengan mana-mana unit trust

Apa yang ingin saya ingin illustrate ialah ‘asset allocation’ yang akan menentukan pulangan jangka panjang sesuatu pelaburan.

Asset allocation bermaksud strategi pelaburan yang memperuntukan peratusan setiap jenis instrument (equiti, bukan equiti) ke dalam portfolio pelaburan. Ini bertujuan untuk mengimbangi antara risiko dan pulangan pelaburan.

*bukan equiti termasuk bond dan money market

Keperluan pelaburan kwsp

Carta di atas menunjukkan ‘asset allocation’ ASB dan KWSP pada tahun 2014.

Lebih banyak peratusan equiti lebih tinggi risiko portfolio pelaburan demi mencapai pertumbuhan modal yang tinggi. High Risk High Return. Berdasarkan carta pai di atas, jelas sekali asset allocation ASB bersifat agak defensif.

Asset Allocation risk vs reward 2

Manakala unit trust jenis pertumbuhan (growth) memperuntukan lebih 90% ke dalam equiti. Ini bagi mencapai pertumbuhan modal yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang (lebih 10 tahun).

Asset Allocation yang banyak portion bond lebih mementingkan kestabilan pulangan pelaburan tetapi terlepas peluang untuk memaksimakan keuntungan pelaburan jangka panjang.

Asset allocation yang defensif lebih sesuai untuk pelabur yang mempunyai tempoh pelaburan yang pendek. Contohnya, pelabur berumur 50 tahun yang bakal bersara 5 tahun lagi.

Namun untuk pelabur muda, mereka lebih sesuai dengan asset allocation yang lebih agresif seperti unit trust. Pelabur muda boleh mengetepikan kestabilan pulangan demi memaksimakan keuntungan pelaburan dalam jangka panjang.

Tips Untuk Unit Trust Consultant 

Pertama, sebagai permulaan, unit trust consultant sendiri wajib melabur dalam unit trust Public Mutual. Dengan ini kita akan lebih peka dengan perubahan pasaran dan dapat memahami bolts and nuts pelaburan unit trust.

Keduanya, 3 perkara yang akan menentukan di mana anda 3 tahun lagi;

  • Dengan siapa anda berkawan
  • Buku apa yang anda baca
  • Seminar atau kelas apa yang anda hadir

Sekian.

Elias Abllah, Personal Finance

Soalan-Soalan Lazim Unit Trust Consultant Baru
Tagged on:     

One thought on “Soalan-Soalan Lazim Unit Trust Consultant Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *