Desas desus Saudi Aramco akan menarik diri daripada projek RAPID, suatu usahasama dengan Petronas di selatan tanah air bertiup kencang di media sosial.

Laporan daripada WSJ menyatakan Saudi Aramco menarik diri kerana projek RAPID tidak feasible.

Dalam artikel saya pada Januari 2016, ada dibincangkan peranan RAPID dalam menyelamatkan status pekerja Petronas. Nampaknya RAPID juga penting dalam menyelamatkan kerja kontraktor yang kekurangan projek baru.

Namun RAPID antara projek terbesar yang Petronas jalankan akan menghadapi cabaran bila masa siap menjelang 2020 nanti.

Laporan yang dikeluarkan oleh McKinsey&Company pada Mei 2015 memberi gambaran situasi mencabar yang akan berpunca daripada;

  1. Supply outpacing demand
  2. Lower utilization globally

Dengan latarbelakang daripada McKinsey pada tahun 2015, saya update sedikit dengan senario semasa.

#1 Supply outpacing demand

Pada masa laporan itu diterbitkan Iran yang baru lepas daripada sekatan ekonomi belum dalam selfie bersama dengan pengeluar utama minyak dunia. Iran tentunya akan hubungi balik pelanggan-pelangan mereka seperti sebelum dikenakan sekatan.

Ini ditambah pula dengan Saudi yang akan mengutamakan industri hiliran dalam negara mereka sendiri. Mereka ada kelebihan sebagai pengeluar minyak mentah untuk ditapis di negara sendiri dan mendapat lebih nilai untuk hasil minyak negara mereka.

Sekarang kita lihat daripada aspek permintaan.

Pada masa laporan itu diterbitkan, untuk mengimbangi pertambahan kapasiti penapisan minyak daripada, China, Russia dan Asia Tenggara McKinsey mensasarkan pertumbuhan permintaan pada kadar 1.1% setahun.

Ini terbukti sukar untuk dipenuhi.

Kemudian, Paris Agreement mula ditandatangi pada 22 April 2016 yang mensasarkan pengurangan karbon untuk melindungi dunia daripada pemanasan global.

Ini akan lagi mengurangkan penggunaan petrol, diesel dan seumpamanya di sektor pengangkutan. Dan pada masa itu kereta elektrik TESLA belum dikenali ramai seperti sekarang

#2 Lower utilization globally

OPEC membanjirkan pasaran dengan bekalan minyak pada tahun 2015, isu utilization tidak menjadi masalah sangat. Kapal minyak tersedia untuk hantar bekalan kepada mana-mana kilang penapisan dunia.

Sekarang OPEC akan potong bekalan dan lebihan bekalan dalam kapal-kapal tangki akan mulai menurun. Maknanya, akan datang lebih banyak kilang penapisan berbanding minyak yang ada untuk ditapis.

Kesannya, kilang penapisan di seluruh dunia akan menghadapi lower utilization for longer. And by the time RAPID complete, it will become for even longer.

Faktor China

Kalau betul Saudi Aramco minta cerai, siapa pula bakal meminang Petronas. Adakah China akan berminat?

Buat masa sekarang, jika China bermotifkan keuntungan, dia tidak akan melabur di RAPID. Sebab mereka sendiri pun sudah terlebih kilang penapisan minyak.

Jadi kemungkinan Petronas akan bersendirian dalam projek ini dan akan mencari sumber dalaman atau pinjaman luar untuk menyiapkan RAPID.

Harapnya, cabaran yang akan dihadapi hanya sementara. Mungkin overcapacity ini akan berakhir dalam masa 10 tahun atau awal lagi.

Sementara itu, just relax and sit tight.

wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance

Siapa Pengganti Saudi Aramco?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *