After sale service penting dalam apa jua bisnes. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah service before sale.

Kesilapan biasa ejen unit trust atau takaful ialah terlalu terburu-buru untuk mengejar sale. Maksudnya tidak memberi nilai terlebih dahulu dalam proses menjual.

Dalam contoh menjual produk takaful, adalah amat penting untuk fact finding sebelum mencadangkan sebarang pelan perlindungan atau perubatan.

Pada pandangan kita sebagai ejen mungkin meletakkan cash value adalah penting, tetapi sebenarnya pelanggan kita hanya mahukan pure protection.

Pelanggan tidak terasa yang mereka dipaksa beli jika mereka nampak bagaimana produk yang kita jual boleh menyelesaikan masalah mereka.

Umpama doktor yang mesti membuat diagnostic yang betul sebelum memberi ubat yang sesuai. Salah diagnostic maka salah lah rawatannya.

Ada kalanya selepas proses fact finding, pelanggan tidak perlu sangat pun produk kita. Tetapi oleh kerana mereka terpikat dengan kita, mereka tanya apa lagi yang kita jual untuk mereka beli.

Dan mereka pula tidak segan untuk memberikan referral yang berkualiti untuk kita juga.

Tidak kah ini lebih baik?

Elias Abllah, Personal Finance

unit-trusy-consultant-taktik-menjual

Serve Before Sale
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *