Cita-cita nak jadi jutawan tak mau berkorban makan Maggi,
Orang lain membanting tulang dia tidur hari dah tinggi,
Tidak hendak bekerja keras usaha setakat di celah gigi,
Tidak mahu menambah ilmu siang malam giat berselfie.

Masuk unit trust hanya fikir untuk mengaut laba yang besar,
Dana hanya ada sedikit tapi perut sentiasa lapar,
Tidak sabar nafsu berapi mahukan lebih untung yang kasar,
Memintal mimpi jutawan segera usaha sedikit diri tak sedar.

Nak jadi kaya sekelip mata lalu diinvest sesuka hati,
Dapat returns dikatanya rendah lebih baik berniaga roti,
Patutlah banyak skim cepat kaya dibaham orang macam capati,
Sebab angan macam mat jenin petang ni invest kaya esok pagi.

oleh : Suhaimy Kamaruddin

Seloka Investor Mau Cepat Kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *