Secara amnya harga minyak yang murah akan memberi kesan positif kepada ekonomi. Kos pengangkutan akan kurang dan keuntungan perniagaan lebih tinggi dengan kos yang rendah.

Kerajaan pula boleh menyalurkan peruntukan kepada sektor yang lebih memerlukan, dulunya buat menanggung subsidi.

Tetapi kenapa kita belum nampak impak positif kepada ekonomi negara?

Ini kerana, ekonomi memerlukan masa untuk mengubah laluan. Umpama kapal besar yang momentumnya amat besar. Dulunya, faktor2 pengeluaran seperti modal dan buruh di arah kepada sektor minyak dan gas.

Daripada universiti yang menawarkan program petroleum yang tumbuh bak cendawan hinggalah loan special promotion untuk pekerja minyak dan gas beli BMW.

Apabila harga minyak runtuh, apa jadi kepada pelajar dan tenaga buruh yang dilatih untuk bidang ini? Dan apa jadi kepada harga2 saham dan bond yang dikeluarkan untuk syarikat pengkhususan minyak dan gas?

Ini semua ambil masa untuk tenaga kerja, modal dan kerajaan mengubah laluan ekonomi.

Yang mana hilang kerja, ambil 3 tahun barulah stabil kembali pendapatannya. Kemudiannya mula kembali beli kereta baru atau renovate rumah.

Pelajar yang menganggur ambil masa untuk tukar bidang pengajian

Pelabur saham yang rugi, ambil masa untuk mengumpul modal baru, sedia untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi lain.

Pelaburan dalam pengangkutan awam juga ambil masa untuk dirasai manfaatnya.

Ini semua juga terpakai untuk ekonomi global

InsyaAllah beri dalam setahun dua lagi, ekonomi negara akan kembali naik bersama ekonomi global dan akan berkebetulan pula dengan due date untuk pilihanraya umum 14.

Kalau benar ini terjadi, siapakah yang bakal ambil kredit ke atasnya? Tentulah kerajaan sekarang. Dan siapa pula akan rugi kalau percaya ekonomi akan bertambah teruk?

Elias Abllah

Personal Finance

Selepas Zaman Petroleum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *