Banyak kontraktor dan syarikat VDP daripada Sarawak yang dapat manfaat daripada usahasama dgn Petronas. VDP adalah program khusus untuk membangunkan syarikat tempatan. Tanpa VDP amat susah untuk syarikat tempatan  bersaing dengan syarikat asing yang lebih kompetatif.

Melaluinya lebih ramai warga Sarawak yang dapat turut serta dalam industri minyak dan gas. Dan ramai pun orang Sarawak yang bekerja di serata dunia. Ini bukti tambah nilai Petronas kepada Sarawak dan warga Sarawak khususnya.

Saya percaya Petronas telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah hasil mahsul petroleum dengan baik tanpa pilih kasih. Pembangunan petroleum memerlukan modal yang tinggi dan kecekapan pengurusan. Natijahnya kerajaan mendapat hasil berbentuk royalti selain pembanguan bandar setempat.

Minggu lepas, President Suarah Petroleum Group (SPG), Hamin Yusuf menuntut lebih ramai anak tempatan Sarawak terlibat di peringkat pengurusan bagi operasi Petronas di Sarawak. Menurut beliau hanya 39% jawatan pengurusan teratas dan 46% jawatan pertengahan diisi oleh orang Sarawak.

Ini membawa kepada moratorium menyekat permit kerja baru untuk pekerja Petronas masuk bekerja di Sarawak melalui peruntukan Imigresen. Menjadikan isu ini bertambah hangat.

Namun Rakyat Malaysia sama ada daripada Semenanjung dan Sarawak cukup matang untuk tidak beremosi akan perkara ini.

Mungkin ada kes-kes terpencil yang perlu diberi perhatian namun ianya tidak menggambarkan keseluruhan organisasi Petronas.

Oleh itu dengan mengeluarkan moratorium menyekat masuk pekerja Petronas yang bukan daripada Sarawak adalah tindakan yang tidak sepadan dengan masalahnya.

Sekian
Elias Abllah, x-Petronas

Sarawak dan Petronas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *