Pada masa artikel ini ditulis ringgit didagangkan RM 4.34 untuk 1 USD. Banyak perbincangan di media sosial berkisar apakah sebab kejatuhan nilai ringgit yang mendadak ini.

Pertama, kita lihat latar belakang kepada isu ini dahulu. Saya nampak ekonomi Malaysia ada dua pilihan, sama ada hendak pertahankan nilai ringgit daripada terus jatuh atau pertahankan jumlah pekerjaan yang ada untuk rakyat.

Jika pilih untuk pertahankan nilai ringgit, maka OPR hendaklah dinaikkan. Bila OPR naik, maka ada insentif untuk pelabur luar kekal melabur dalam Malaysia. Tetapi kesannya, ekonomi akan menguncup akibat menguncupnya jumlah kredit yang ada untuk perniagaan. Maka lebih ramai yang akan hilang kerja.

Jika pilih untuk pertahankan pekerjaan rakyat, maka OPR hendaklah diturunkan dengan itu akan menggalakkan pertumbuhan. Tetapi kesannya, pelabur luar akan membawa wang mereka keluar daripada negara, dan manambahkan kelajuan nilai ringgit jatuh.

Ini juga bakal memaksa Bank Negara menggunakan rizab tunai asing untuk pertahankan RM. Ini umpama open bleeding. Bahaya.

Apakah langkah yang diambil oleh Gebenor Bank Negara yang baru? Ya, dia menurunkan OPR dan akibatnya nilai ringgit gagal pulih walaupun harga minyak dunia sudah pun naik.

Ini latar belakangnya, di depan kita berhadapan dengan tak tenTrump post US election. Di mana US dollar dan emas menjadi pilihan pelabur untuk berteduh daripad taufan Trumpina ini.

Jika Ringgit jatuh, maka ubahlah kepada aset dalam dominasi matawang asing. Nak melabur hartanah luar negara amat mahal modalnya. Nak beli saham asing, tak tentu pandai atau tidak.

Maka pilihan pelaburan yang ada untuk kita sebagai pekerja biasa-biasa ialah melabur dalam dana yang buat pengkhususan pelaburan luar negara.prestasi-saham-asia-public-mutual

Lihat pada jadual di atas. Sementara Malaysia mencatatkan kejatuhan 2%, Thailand dan Indonesia naik lebih 15%.

Untuk kita sebagai pelabur, apakah posisi yang sepatutnya kita ambil? Bergantung kepada situasi masing-masing, kita sama ada ambil position hedging atau speculation

Hedging

Jika anda anak yang belajar luar negara atau anda mengimport barangan luar negara, kejatuhan nilai ringgit akan menambah beban aliran tunai anda.

Untuk mengimbangi kesan kejatuhan RM, anda masuk ke dalam pelaburan dana luar negara untuk hedging. Jika pelaburan dana ini memberi pulangan, maka keuntungan ini akan offset dengan kerugian tukaran RM apabila anda hendak hantar wang kepada anak di luar negara.

Jika RM naik berbanding USD, maka pelaburan anda dalam dana luar negara akan rugi, tetapi dalam masa yang sama jumlah RM yang perlu ditukar untuk anak juga akan kurang. Boleh nampak?

Jadi objektif hedging bukan lah buat keuntungan, tetapi mengimbangi risiko.

Speculation

Sekiranya anda tidak menanggung anak belajar luar negara dan tidak pula import barangan dalam USD, maka pelaburan anda dalam luar negara adalah untuk buat untung. Inilah speculation

Maknanya pergerakan RM against USD sama ada menguntungkan anda atau merugikan anda. Ini berbeza dengan tujuan hedging.

Speculation memerlukan anda mengambil secubit risiko untuk mendapat segengam untung. Dengan analisis dan kajian yang betul, peluang anda untuk untung boleh ditingkatkan.

Cadangan

Lihat kepada latar belakang ekonomi Malaysia, adalah langkah yang bijak untuk memperuntukkan sebahagian pelaburan untuk dana luar negara.

Sekian

Elias Abllah, Personal Finance

Ringgit Jatuh, Hedging atau Speculation
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *