Korea Utara mengejutkan kuasa besar dunia dan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu atau United Nation dengan ujian bom hidrogen.

Gempa bumi berskala 5.2 magnitude di kesan oleh US Geological Survey (USGS) sejurus letupan bom hidrogen.

The_Sun_by_the_Atmospheric_Imaging_Assembly_of_NASA's_Solar_Dynamics_Observatory_-_20100819
The Sun photographed at 304 angstroms by the Atmospheric Imaging Assembly (AIA 304) of NASA’s Solar Dynamics Observatory (SDO)

Bom hidrogen ini menggunakan prinsip fizik nuklear sebagaimana matahari terbakar. Sumber tenaga utama matahari dan bintang-bintang adalah Hidrogen.

Bayangkan betapa dasyatnya jika bom hidrogen ini digunakan dalam perang.

Bom hidrogen Korea Utara

Kesan seismic ini juga melanda dunia pelaburan dengan pelabur mencari jalan selamat jika ketegangan antara Korea Utara dan Kuasa Barat bertambah serius.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, emas adalah perlindungan atau insuran dalam keadaan perang atau keruntuhan sistem ekonomi dan politik dunia.

Perkara seperti ini tidak dapat diduga dan risikonya tidak boleh diatasi melalui kepelbagaian pelaburan (diversification)

Oleh itu seperti yang dijangkakan harga emas melonjak sejak berita ini tersebar luas. Ini mungkin ‘knee jerk reaction’  para pelabur.

Anamoli kali ini amat ketara kerana harga minyak yang biasanya bergerak turun naik berirama dengan harga emas, kini bergerak berlainan arah. Minyak jatuh kepada USD 34/bbl, terendah dalam masa 11 tahun.

Kenapa anda melabur dalam emas dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas

Kini debu-debu masih berterbangan, setelah udara kembali bersih, ‘visibility improve’ para pelabur boleh menilai semula akan risiko ancaman Korea Utara kepada kestabilan politik dan ekonomi dunia. Dari sini nanti harga emas akan mencari arah baru sama ada ini sekadar false alarm atau real alarm.

Marilah kita doakan ini cuma false alarm.

Reaksi Emas kepada Ujian Bom Hidrogen Korea Utara
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *