Agak kecoh di media sosial memvavikan pelabur hartanah yang katanya menyebabkan harga rumah tinggi sehingga rumah menjadi harga mampu lihat sahaja.

Namun untuk setahun ini, kenaikan harga rumah tidak sehangat tahun-tahun yang berlalu.

Apakah yang berubah?

Banyak faktor yang menyebabkan hartanah menjadi agak suam. Bermula dengan pengenalan kembali CKHT atau RPGT. Kemudiannya had pinjaman 70% untuk rumah ketiga. Ditambah pula kejatuhan harga minyak.

Ramai juga yang menangguhkan pembelian rumah dengan harapan harga rumah akan jatuh.

Ini semua membantutkan kenaikan harga rumah.

Dalam pada kita tidak suka harga rumah semakin mahal, kita sepatutnya lebih tidak suka jika harga rumah jatuh.

Ini terbukti di US apabila kejatuhan harga rumah menyebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan sejak 2008.

Risiko kejatuhan harga  lebih besar daripada harga naik kerana kebanyakan kekayaan isi rumah di Malaysia tersimpan dan terkunci dalam rumah mereka sendiri.

Oleh itu kejatuhan harga rumah menyebabkan kekayaan seluruh rakyat Malaysia akan terjejas

Itulah sebabnya Bank Negara mahu memastikan harga rumah tidak jatuh dan juga tidak meningkat secara mendadak.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa rancak inilah Bank Negara menurunkan kadar OPR.

Ini dilakukan supaya pertumbuhan pinjaman tidak terbantut.

Sebenarnya faktor utama kenaikan atau kejatuhan harga rumah bukanlah disebabkan oleh pelabur-pelabur hartanah, tetapi jumlah bayaran bulanan rumah itu sendiri.

Mari kita kira sama-sama.

Katakan harga rumah RM 500k. Pada kadar 6%, bayaran bulanan adalah sebanyak RM 2565.

kesan opr kepada pasaran hartanah malaysiaPada kadar 4.25%, kita boleh refinance rumah pada harga RM 610k dengan bayaran bulanan yang sama RM 2565.

Atau boleh dijual pada harga RM 610k dan bayaran bulanan ditanggung oleh pembeli baru ialah RM 2565.

kesan BLR kepada pasaran hartanah malaysiaBermakna sejumlah RM 110,000 duit baru dicipta daripada udara lalu yang tipis dengan hanya penurunan kadar 6% kepada 4.25%.

Sebaliknya berlaku jika kadar bunga naik atau jangkamasa pinjaman maksimun dipendekkan. Atau CKHT (RPGT) ditinggikan

Peranan Kerajaan

Jelas harga rumah ditentukan oleh free market force.

Namun jika dibiarkan akan ada golongan yang terpinggir kesan mainan kapitalis.

Contohnya, tiada developer yang berminat untuk membangunkan semula perumahan mangsa banjir.

Maka di sinilah peranan kerajaan untuk campur tangan sedikit.

Kerajaan boleh mengenakan cukai yang lebih tinggi untuk rumah-rumah mewah atau hartanah komersil.

Hasilnya boleh disalurkan untuk subsidi perumahan rakyat kebanyakan.

Sekian

Elias Abllah, Personal Finance

Punca Sebenar Harga Rumah Mahal
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *