Malam sambutan Deepavali lepas saya jadi speaker recruitment workshop di Public Mutual Puchong. Saya kongsikan rahsia macam mana saya boleh recruit 26 orang agent tahun lepas dan tahun ini 24 orang pada setakat hari ini.

Saya banyak dapat pertanyaan nak jadi agent daripada blog ini. Ini kerana jika anda google cara nak jadi agent unit trust, insyaAllah blog saya berada di first page google search results.

Saya menjadikan diri saya mudah dijumpai di online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kalau nak jumpa saya di alam nyata, datanglah di Putrajaya. Tetapi di online saya bisa muncul di mana sahaja bila mana anda google.

Tentulah dalam masa 2 jam workshop terlalu singkat untuk saya ceritakan semuanya hal-hal teknikal bagaimana menjadikan blog anda mudah dicari.

Cuma lebih kepada memberi kesedaran kenapa anda akan ketinggalan jika anda tidak dijumpai di alam maya. Tetapi semua peserta sekurang-kurang boleh create blogspot sendiri selepas balik dari workshop saya.

Recruitment Engine

Blog saya umpama recruitment engine yang berjalan 24 jam 7 hari seminggu sepanjang tahun. Akan ada sahaja yang menyinggah di blog sama ada ingin mencari maklumat pasal pelaburan unit trust, hartanah atau industri petroleum.

Dalam ramai-ramai akan ada seorang dua yang akan menghubungi saya bagaimana nak jadi agent. Tak kurang juga yang bertanya kemudiannya menjadi agent bawah orang lain. Haha.. takpelah, agent bukan sekumbang sekuntum.

InsyaAllah saya plan nak buat workshop tour seluruh Malaysia khusus untuk ajar agent-agent Public Mutual buat blog. Dan kalau nak saya jadi mentor dan coach buat blog dan menulis, mari sini gambar 4 keping saya registerkan jadi agent bawah saya.

Free sahaja asalkan hati kental dan sanggup basuh pinggan.

Wassalam

Elias Abllah

Public Mutual Recruitment Workshop
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *