Seringkali kita buat perbandingan apakah plan perlindungan dan pelaburan terbaik di pasaran. Adakalanya kita memilih agen yang kita suka sahaja untuk mendapat perkhidmatan ini.

Namun apakah produk takaful dan pelaburan terbaik?

Bagi saya jawapannya ialah diri sendiri. Ya, diri anda sendiri boleh menjadi produk takaful terbaik dan pelaburan yang paling menguntungkan.

Anda tidak boleh meletakkan tanggungjawab kesihatan anda kepada syarikat takaful. Tiada syarikat takaful yang boleh beri kesihatan anda kembali.

Alhamdulillah, saya diberi kesedaran untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih aktif dan sihat.

2009
2009

Pagi ini baru sahaja habiskan 4km larian, itupun setelah menyedari berat badan makin meningkat selepas sebulan hari raya. Semput jugalah nak habiskan 4 km.

Daripada hari pertama saya mula berlari pada tahun 2013 hingga kini, odometer menunjukkan saya berjaya lari sejauh 396 km!Produk takaful terbaik adalah anda

Tiada rahsia untuk sihat dan kuruskan badan. Sama ada nak atau tak nak sahaja.

Pun begitu saya tidak bermaksud anda tidak perlu perlindungan takaful. Apa yang saya maksudkan, anda tidak boleh outsource kepada orang lain untuk sihat. Anda harus lakukan sendiri.

Wassalam.

Produk Takaful dan Pelaburan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *