Apabila US yield curve menjadi songsang, recession akan terjadi dalam masa enam bulan ke setahun.

Inilah indicator utama dalam dashboard saya.

Data terkini menunjukkan yield curve sudah mula mendatar berbanding setahun yang lalu.

Sebelum menjadi songsang ia mendatar dahulu. Dalam proses proses mendatar ini, tak mustahil pasaran saham terus sahaja naik.

Untuk lihat kesihatan ekonomi dengan lebih tepat, kita kena selak apa yang terjadi kepada bond market.

Jumlah duit dalam bond market jauh lebih besar daripada duit dalam pasaran saham.

Ada bond yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan untuk menampung perbelanjaan negara. Ada bond yang dikeluarkan oleh syarikat korporat sebagai modal perniagaan. Namun ia tiada kena mengena dengan James Bond.

Bond yang dikeluarkan ada tempoh dan kadar kuponnya. Contohnya, USD 100 juta bond bertempoh dua tahun dengan kadar kupon USD 2 juta setahun. Menjadikan kadarnya ialah 2% setahun.

Bond ini akan dijual kepada pelabur institusi atau individu. Pelabur bond akan menerima kadar kupon seperti yang dijanjikan. Di akhir tempoh dua tahun, pengeluar bond akan membayar penuh bond 100 juta itu. Ini biasa dilakukan dengan mengeluarkan bond 2 tahun yang baru untuk bayar bond yang lama.

Untuk tempoh bond yang lebih panjang, contohnya 10 tahun lamanya, kadar kupon akan lebih tinggi berbanding dengan bond 2 tahun. Untuk kadar kupon yang sama, kenapa perlu melabur dalam bond 10 tahun? Bond 10 tahun dianggap lebih tinggi risiko berbanding bond 2 tahun.

Maka untuk manarik pelabur, kadar kupon mestilah lebih tinggi untuk bond yang lebih panjang tempohnya.

Seperti mana saham dan aset lain, bond juga boleh bertukar tangan. Pemegang bond boleh menjual bond yang dibelinya kepada pihak lain.

Harga bond yang dijual bergantung kepada kadar interest semasa. Ini kerana, interest yang ditawarkan oleh bank adalah pesaing kepada nilai bond.

Katakan kadar interest naik kepada 3% setahun, maka pemegang bond 100 juta yang menerima kupon 2 juta setahun tidak akan dapat jual kecuali harga bond turun untuk menyamai kadar interest 3%.

Dengan kata lain, pada kadar 2 juta setahun bond ini hanya memberi yield 2% setahun, lebih rendah daripada interest bank.

Untuk naikkan yield bond ini, harga bond di pasaran hendaklah diturunkan. Begitulah sebaliknya jika interest turun, harga bond akan meningkat.

Senang faham, harga bond akan berkadar songsang dengan kadar interest.

Kita boleh plot satu graf dengan paksi x sebagai tempoh bond dan paksi y sebagai yield. Normal yield adalah seperti di bawah.

Sebelum krisis sub-prima 2008, yield curve menjadi songsang, di mana bond jangka pendek menawarkan yield lebih tinggi daripada bond jangka panjang. Ini kerana, pasaran mula syak yang ekonomi dalam masa terdekat akan mula lemah. Ini menjadikan pelabur lebih minat dengan bond jangka panjang dan bond jangka pendek terpaksa dijual pada harga lebih rendah.

Apabila bond jangka pendek dijual pada harga lebih rendah, maka yield-nya akan lebih tinggi daripada bond jangka panjang, menjadikan yield curve songsang. Ini petanda ekonomi bakal masuk tahun kemelesetan.

Saya akan terus memantau perkembangan terkini yield curve. Saya hanya dapat jangkakan yield curve akan mula songsang pada hujung tahun 2019 atau suku pertama 2020.

Sementara itu, rancanglah kewangan anda seadanya.

Wallahu a’lam

Elias Abllah

March 2019

Petanda Ekonomi US Akan Meleset

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *