Pada masa artikel ini ditulis, harga minyak mentah dunia berada pada USD 39 setong, kejatuhan sebanyak 34% daripada harga tertinggi tahun ini USD 60 setong.

Harga Minyak Mentah

Berbanding pada June 2014, kejatuhan sebanyak 63% daripada USD 107 setong.

harga minyak 1985

Tahun 1980 hinga 1985 menjadi fokus analisis saya. Ada beberapa faktor yang menjadi latar belakang sebelum kejatuhan sebanyak 70% pada tahun 1985. Harga jatuh daripada $31.75 pada November 1985 kepada hanya $10 sahaja dalam beberapa bulan sahaja.

Ada beberapa persamaan dengan situasi sekarang.

Ringkasan

1. Pasca Perang Iran-Iraq

2. Kenaikan nilai Dollar dan kejatuhan harga komoditi

3. Peningkatan pengeluaran minyak daripada negara bukan OPEC

4. Polisi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.

5.  Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

#1 Pasca Perang Iran Iraq

Perang antara Iran dan Iraq sudah lama berakar lebih daripada 5000 tahun. Ia bermula kembali apabila pada September 1980, kapal terbang perang dan askar Iraq menyerang  beberapa target strategik di Iran.

Iraq pada masa itu di pimpin oleh Saddam Hussein. Iran pula dipimpin oleh Khomeni. Objectif Saddam Hussien adalah untuk menjadi satu kuasa baru di dunia Arab dengan mengambil kesempatan atas kelemahan Iran pada masa itu.

Tetapi kira-kira yang di buat oleh Saddam tidak tepat. Iran bangkit dan memberi tentangan yang kuat.

Perang ini menyebabkan pengeluaran minyak daripada Iran dan Iraq yang berjumlah 4 juta tong sehari. Oleh sebab itu harga minyak naik.

IEA, satu agensi tenaga negara-negara maju menyarankan supaya tidak panic dan membeli minyak yang tidak diperlukan yang hanya menyebabkan harga minyak makin naik. Sebaliknya menggalakkan penggunaan minyak daripada inventori.

Pada masa yang sama Saudi menambah sebanyak 900,000 tong sehari pengeluaran minyaknya. Ini turut diikuti oleh negara OPEC yang lain.

Perang antara Iran dan Iraq berlaku dengan berlatar belakang global economic recession, peningkatan pengeluaran minyak daripada Non-OPEC dan inovasi dalam teknologi pengeluaran dan pipeline.

Maka perang Iran dan Iraq hanya membantutkan sedikit kejatuhan harga minyak.

#2 Kenaikan Dollar dan Kejatuhan Komoditi

Antara tahun 1980 hingga 1985 US Dollar meningkat 50% berbanding Yen, Deutche Mark dan British Pound. Pada masa ini Ahmad Maslan masih di alam remaja.

Kenaikan ini memeningkan ramai pihak kerana dunia telah terbiasa dengan Dollar yang lemah sepanjang tahun 70-an. Ini disebabkan Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas pada tahun 1971.

Dollar index 1985
1970 -1980, 2000-2010 Dollar rendah

Pada hari ini, dunia telah terbiasa dengan Dollar yang murah disebabkan oleh polisi Federal Reserve merendahkan US interest rate dan siri Quantitative Easing I, II dan III.

Dollar dan komoditi berkadar songsang. Dollar naik, komoditi turun dan sebaliknya.

dollar vs comodities

Apabila Dollar naik, menyebabkan harga komoditi termasuk minyak turun. Apa yang berlaku sekarang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1985.

goldvsdollar1973-2009NOTES

#3 Peningkatan pengeluaran minyak daripada negara bukan OPEC

Peningkatan harga minyak yang tinggi sepanjang tahun 1970-an menyebabkan usaha mencari reserve baru di luar OPEC menjadi lebih menarik. Teknologi pengeluaran yang lebih baik dan kapasiti saluran paip minyak yang lebih tinggi meningkatkan pengeluaran minyak di luar OPEC.

Penemuan baru di North Sea, Malaysia, Nigeria, Mexico, Alaska, Angola dan China menambahkan lagi bekalan minyak di pasaran dunia.

opec vs non opec

#4 Strategi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.

Strategi OPEC untuk menghadkan pengeluaran untuk mempertahankan harga gagal di sebabkan beberapa sebab.

Pertama, penipuan quota di kalangan negara OPEC sendiri. Contohnya Nigeria mungkin export lebih daripada had quota yang telah ditetapkan oleh OPEC

Kedua, strategi ini hanya menguntungkan negara-negara bukan OPEC. Saudi mengurangkan pengeluaran minyaknya dengan harapan harga minyak tinggi.

Tetapi pengurangan daripada Saudi hanya sia-sia kerana negara luar OPEC memenuhi ruang yang dikosongkan Saudi. Belum kira penipuan daripada negara-negara OPEC sendiri

Contohnya Great Britain mendapat manfaat disebabkan harga yang di apungkan tinggi hasil daripada minyak di North Sea. Menteri Minyak Saudi pada ketika itu, Sheikh Zaki Yamani tentulah sakit hati bila Margerate Thatcher berucap menyokong Free Market dan membiarkan market mencari harganya sendiri.

Kesannya, Hasil Negara Saudi merosot daripada $119B pada tahun 1981 kepada $26B pada tahun 1985.

Akhirnya Arab Saudi membatalkan had pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran minyaknya pada 1985 yang menyebabkan harga minyak jatuh daripada $31.75 kepada $10, kejatuhan hampir 70% dalam masa sebulan. Minyak daripada Iran dan Iraq boleh dibeli pada harga $6 sahaja.

#5 Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

Ketiga, sedekat harga minyak yang tinggi menggalakkan konservasi tenaga. Penjimatan dan kecekapan tenaga dipertingkatkan. Hasilnya, United States 32% lebih efisien dalam penggunaan minyak pada tahun 1985 berbanding pada tahun 1973.

Bukan itu sahaja, sumber tenaga lain juga mengambil tempat minyak. Contohnya nuklear, arang batu dan gas untuk penjanaan elektrik.

Persamaan Dengan Apa Yang Berlaku Sekarang

Saya perhatikan latar belakang sebelum kejatuhan harga minya pada tahun 1985 hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang.

1. Iran

Pada pertemuan antara Setiausaha Luar Britain Philip Hammod dengan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada 23 August 2015 merumuskan yang sekatan ekonomi terhadap Iran akan di angkat pada bulan Oktober tahun ini.Iran sacntion lift

Tidak tertahan lagi Iran ingin membanjirkan pasaran dengan minyaknya. Dan Iran dalam satu kenyataan yang lain menegaskan akan meningkatkan export minyaknya “at any cost”. Ini hanya akan menambahkan lagi pendarahan harga minyak.

2. Kenaikan nilai Dollar dan kejatuhan harga komoditi

Dengan berakhirnya program Quantitative Easing (QE) dan jangkaan Janet Yellen akan menaikkan US interest rate, menyebabkan aliran wang keluar berbondong-bondong daripada komoditi. Aliran ini juga dirasai oleh ‘Emerging Economies’ seperti Indonesia, Thailand, Turkey dan termasuklah Malaysia.

Response Federal Reserve kepada krisis 2008 ialah dengan menurunkan interest rate dan QE (mencetak duit). Maka berbondong-bondong duit keluar daripada US mencari rumah di luar US. Ada yang singgah di Emerging Economies. Dan ada yang duduk di komoditi seperti emas, minyak dan sawit.

Pada masa itu umpama air pasang. Semuanya boat naik sama. Property, saham semuanya naik.

Tetapi bila ekonomi US makin pulih, Federal Reserve berhentikan QE dan menaikkan interest rate.

Maka tiba masa air surut pula.

Apa yang berlaku sekarang umpama air surut di Port Dickson. Bila air pasang, kita tak tahu siapa yang mandi bogel. Tetapi jika terus mandi ketika air surut baru kita tahu siapa yang mandi bogel di pantai.

Dalam kes ini, didapati Najib antara yang mandi bogel, tak ter ‘cover’ badannya yang tinggi gemalai. Sesungguhnya kemaluan 2.6B itu amat besar.

3. Peningkatan pengeluaran minyak US

Jumlah pengeluaran minyak dunia adalah sebanyak hampir 90 juta tong sehari. 10 juta tong hanya daripada Arab Saudi sahaja. Di tempat kedua kini adalah US dengan pengeluaran mencecah 9 juta tong sehari.

Sebelum ini US hanya menguluarkan lebih kurang 5 juta tong sehari sahaja. Penambahan 4 juta tong sehari adalah daripada minyak shale.

Kemajuan teknologi horizontal drilling dan fracking menyebabkan minyak dan gas yang terperangkap dalam batuan yang kedap kini dapat mengalir keluar.

Dengan kadar pengerudian sekarang dijangkakan US akan mengambil kembali tahta no 1 sebagai pengeluar terbesar dunia

Perbezaan utama US dan Arab Saudi adalah pada kos pengeluaran minyak. Kos pengeluaran minyak di Arab Saudi hanyalah sekitar 5 dollar satu tong. Manakala kos  pengeluaran minyak shale di US adalah sekitar 50-100 dollar setong.

Kos pengeluara minyak berbeza-beza
Kos pengeluara minyak berbeza-beza

Sheikh mahukan market share yang lebih tinggi supaya ada muscle untuk mengawal harga minyak. Pada masa sekarang gabungan negara2 OPEC hanya menguasai kurang 40% pengeluaran minyak dunia berbanding lebih 50% sebelumnya.

4. Polisi OPEC mempertahankan harga dengan mengurangkan pengeluaran tidak menguntungkan Arab Saudi.

Arab Saudi belajar dengan baik daripada sejarah 1985. Mereka tidak terburu-buru untuk memotong pengeluaran minyak semata-mata untuk menaikkan harga.

Mereka menggunakan strategi market share. Perkara terakhir yang Saudi tidak mahu lihat ialah apabila ekonomi mereka hanya bergantung kepada kedatangan jemaah haji dan umrah.

Kemewahan dan pengaruh Arab Saudi di dunia datang daripada penguasaan pasaran minyak dunia.

Dengan mengekalkan kadar pengeluaran sekarang harga minyak akan terus rendah dan harapannya ialah supaya pengeluar minyak shale di US bungkus. Lantas mengekalkan supremacy Saudi dalam pasaran minyak

Apa yang Arab Saudi gagal baca adalah, dengan penurunan harga minyak, kos pengeluaran minyak shale juga menurun.

Jika sebelum ini harga balik modal (breakeven) minyak shale pada $60, kini hanya $40 mereka masih boleh buat untung.

Maka lagi bertambah jumlah pengeluaran walaupun tidak ada peningkatan permintaan.

5.  Harga Minyak Tinggi Menggalakkan Penjimatan dan Kecekapan

Kereta baru sekarang mempunyai engin yang lebih kecil tetapi kuasanya kuat. Lebih laju dan jimat dengan engin yang lebih kecil berbanding kereta pada awal tahun 2000-an

Penjimatan dalam penggunaan dan kecekapan tenaga menyebabkan permintaan terhadap minyak tidak meningkat walaupun ada pertambahan bilangan kereta dan pengguna.

6. Ekonomi China yang tak menentu

China mempunyai 2 billion manusia. Paksi bumi boleh teranjak jika semua 2 billion orang China melompat serentak.

Peningkatan hanya 10% setahun terhadap pemilikan kereta umpama penambahan satu negara Indonesia setahun.

Sebaliknya juga, apabila terdapat pengurangan permintaan terhadap kereta akibat ekonomi yang perlahan, maka lebihan permintaan terhadap minyak tidak ada lagi.

Berapa rendah minyak boleh turun?

Minyak pada 1985 jatuh sebanyak 70%. Daripada $31.75 kepada $10 sahaja. Minyak daripada Iran dan Iraq dijual pada harga $6 sahaja.

Mengambil kira latar belakang yang hampir sama dengan 1985 dan kuantum kejatuhan harga 70%, harga minyak 2015 boleh turun daripada $60 kepada $20.

Dan kali ini, keadaan ini boleh berlanjutan tiga hingga lima tahun ataupun lebih lama lagi.

Saya amat risau dengan kebergantungan Negara kepada Petronas dalam mengimbangi budget tahunan. Anggaran Budget 2015 sebanyak RM 270B. Lebih RM 70B daripada Petronas sahaja.

Maka dengan kejatuhan harga minyak bukan sahaja menjadi masalah Petronas bahkan juga masalah negara.

Menurut mantan CEO Petronas, Datuk Shamsul Azhar pula, setiap satu dollar turun harga minyak,  keuntungan Petronas akan terhakis RM satu billion.

Walaubagaimanapun, CEO Petronas yang baru masih mahu mengekalkan pembayaran dividen kepada Putrajaya sebanyak RM 26B. Ini bercanggah dengan kenyataan CEO yang sebelumnya memberikan indikasi yang dividen kepada kerajaan harus dikurangkan selaras dengan harga minyak semasa.

Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan
Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan

Harapan saya supaya analisis saya ini salah-sesalahnya, kerana jika ia benar amat besar implikasi ekonomi, sosial dan politik di Malaysia.

Sekian. Wassalam

Elias Abllah

Putrajaya

Persamaan Kejatuhan Harga Minyak 1985 dan 2015
Tagged on:     

4 thoughts on “Persamaan Kejatuhan Harga Minyak 1985 dan 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *