GDP Korea Utara hanyalah sebanyak USD 0.0028 trillion berbanding GDP Korea Selatan USD 1.411 trillion. Negara yang agak terperosok di suatu sudut ekonomi akibat sekatan ekonomi berdekat lamanya.

Terbaru, keghairahan Mr Kim menunjukkan kekuatan nuklear dengan melancarkan peluru berpandu nuklear merentasi ruang udara Jepun dan menjunam di lautan pasifik, mengugat kestabilan geopolitik rantau ini.

Dalam masa yang sama saya dan pelabur saya ada pelaburan dalam rantau ini. Tentunya perlukan suatu analisa untuk melihat apa strategi seterusnya.

Mr Kim harus belajar akan apa yang terjadi kepada Saddam Hussein akibat melanggar Kuwait. Sangka Saddam perang hanya berakhir dalam tempoh yang singkat tapi terbukti salah pengiraan.

Pertama, Mr Kim dalam masa yang sama perlukan rakyatnya membuta tuli menyokongnya. Tentu dengan ujian demi ujian nuklear menunjukkan dia ada telur dan berbaloi untuk terus disokong. Lagipun ancaman US melalui Korea Selatan tentunya akan dapat terus meraih sokongan rakyatnya. Walaupun GDPnya hanya sekupang dua.

Kedua, tidak seperti ketika Perang Korea di zaman datuknya, Mr Kim tidak mendapat sokongan penuh daripada negara besar China. Malahan, tindak tanduk kebudak-budakan Mr Kim menjelekkan China sehingga China senada dengan US dalam sekatan ekonomi yang terbaru. Import China daripada Korea Utara telah berhenti sejak bulan February lagi.

Ketiga, tidak mustahil Jepun akan bangkit dengan kekuatan nuklear akibat kegatalan Mr Kim menjolok ruang udaranya. Ini boleh dilakukan dengan amat mudah kalau parlimen Jepun meluluskannya.

Cumanya, peningkatan kekuatan ketenteraan US di Laut China dengan sistem radarnya yang boleh meneropong jauh ke tanah besar menyebabkan China tidak selesa.

Risiko terbesar ialah accidental war akibat daripada satu pihak tersalah kira pergerakan pihak lain. Jika ini beraku, banyak nyawa boleh terkorban dan menjejaskan ekonomi dunia dengan penglibatan US, China, Jepun dan Korea.

Maka, saluran diplomatik mesti sentiasa terbuka antara semua pihak yang terlibat.

Perang Dingin

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Mr Kim tidak ada ‘ghanimah’ yang dikejar melainkan untuk terus berkuasa mutlak di Korea Utara. Maka dia perlukan propaganda dalaman sendiri. Inilah mesej sebenar yang Mr Kim ingin sampaikan. Bukan nak perang sungguh pun. Acah-acah sahaja.

US tidak pula melihat ada untung untuk berperang besar dengan Korea Utara melainkan menjaga kepentingan ekonomi sekutunya. Dan seperti Mr Kim, tentunya Mr Trump juga suka guna propaganda Mr Kim sebagai budak jahat dalam negaranya sendiri.

Kebarangkalian perang besar adalah kecil tapi lebih menjurus kepada perang dingin ala US-Soviet. Berpanjangan dan berakhir dengan Mr Kim jatuh dengan sendirinya.

Wallahu A’lam Bishawab

Elias Abllah

Perang Korea Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *