President Suarah Petroleum Group (SPG), Hamin Yusuf menuntut lebih ramai anak tempatan Sarawak terlibat di peringkat pengurusan bagi operasi Petronas di Sarawak. Menurut beliau hanya 39% jawatan pengurusan teratas dan 46% jawatan pertengahan diisi oleh orang Sarawak.

Jika Sarawak menuntut haknya dalam pembangunan petroleum, Kelantan lebih jelas akan haknya yang tertunggak lama.

Semua negeri di Malaysia daripada Perlis hingga ke Sabah sudah terbina saluran gas (gas pipeline).

Hak kelantan dalam petroleum

Di sepanjang saluran gas ini terbinanya begitu banyak stesen janakuasa gas. Tiadanya saluran gas maka tiada langsung stesen janakuasa gas di bina di Kelantan.

Dengan adanya stesen janakuasa bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Kelantan, bahkan akan menarik minat pelabur luar.

Amat malang untuk sebuah negeri yang kaya sumber asli minyak dan gas tidak memberi manfaat kepada rakyatnya.

Jika royalti petroleum dinafikan hak atas faktor jarak batu nautikanya, adakah pembinaan saluran gas dan stesen janakuasa juga tertakluk atas alasan yang sama?

Apakah orang Kelantan tidak tersinggung dengan penyisihan pembangunan ini?

Elias Abllah, Personal Finance

Penyisihan Pembangunan di Kelantan
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *