Hari ini saya hantar satu permohonan kad medikal AIA untuk pakej satu keluarga. Caruman bulanan amat murah, RM 377 untuk suami, isteri dan empat orang anak.

Had tahunan RM 100,000 dan tiada had seumur hidup untuk setiap orang ahli keluarga. Maknanya, suami RM 100,000, isteri RM 100,000 dan RM 100,000 setiap seorang anak. Tiada had seumur hidup.

Ini berbeza dengan bayaran lebih RM 600 sebulan untuk takaful jenis investment-link yang termasuk kad medikal daripada syarikat takaful lain. Jumlah ini tidak termasuk dua anak kecilnya yang terkemudian. Kalau campur dengan dua orang anak, mungkin bil takafulnya mencecah RM 800 sebulan.

Pun begitu plan RM 800 itu mempunyai sum covered dan simpanan serta pelaburan. Itulah sebabnya bayarannya agak tinggi. Pelanggan saya mencari cara untuk penjimatan belanja bulanan keluarga.

Alternatifnya, saya cadangkan agar penjimatan dengan kad medikal AIA stand alone dilaburkan ke dalam unit trust.

Bermakna,

RM 800- RM 377 = RM 423 sebulan**

Penjimatan ini jika dilaburkan selama 33 tahun pada kadar 6% setahun akan menghasilkan;

RM 527,747

Penjimatan medical Dengan medikal kad card aia

Jumlah yang tentunya lebih besar daripada sum covered polisi investment link.

Wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

** penjimatan ini akan berkurang ikut age band. Oleh itu pengiraan ini assume perlaburan bulanan RM 423 tetap selama 33 tahun 

———————————————————————————————————————

FAQs Kad Medikal AIA

Soalan : Salam….ambil  plan family ..bila anak-anak dah melebihi 23 tahun..macamana dengan bayaran adakah dikurangkan sebab anak dah dewasa?

Jawapan : Kalau anak dah dewasa,tukar ke plan suami dan isteri

Soalan : Bayaran sama atau kurang?

Jawapan : Tengok umur masa tu

Soalan : Kalau ambik plan suami isteri lepas 1 atau 2 tahun, boleh tak nak tukaq pada plan family pulak? Or kena ambik terus plan family?

Jawapan : Boleh upgrade dan include anak

Penjimatan Duit Takaful
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *