Setelah mengetahui jenis-jenis unit amanah langkah seterusnya ialah mengenali diri pelabur itu sendiri. Ini dinamakan n baju di badan sendiri.kesesuaian pelabur unit trust

Ini bertujuan untuk memastikan keupayaan pelabur memahami risiko yang terlibat dengan pelaburan. Bolehkah pelabur sabar jika melihat pelaburannya merosot 30%?

#1 Umur

Keutamaan pelabur muda dan pesara adalah berbeza. Pelabur muda seharusnya mementingkan pertumbuhan pelaburan. Manakala pesara lebih mengutamakan pengekalan nilai pelaburan.

Pelabur muda tidak mempunyai modal yang banyak untuk bermula. Tetapi mereka mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Manakala pesara mempunyai sejumlah dana yang terkumpul sepanjang tempoh masa bekerja. Tetapi tempoh masa pelaburan mereka tidak panjang.

Jika kita pentingkan pertumbuhan, maka kita tidak boleh lari daripada risiko. Namun jika tempoh masa pelaburan panjang maka risiko pasaran menjadi semakin kurang relevan. Oleh itu pilihan pelabur muda ialah Dana Pegembangan atau Dana Pendapatan.

Sebaliknya, seorang pesara lebih mementingkan duit persaraannya tidak terkesan dengan turun naik pasaran saham. Maka pilihannya tentunya dana yang rendah risiko seperti Dana Bon atau Dana Pasaran Wang.

#2 Objektif Pelaburan

Faktor-faktor yang perlu diambil perhatian dalam menentukan objektif pelaburan adalah tahap toleransi risiko tempoh masa pelaburan.

Pelabur harus menilai dan menentukan objektif pelaburan. Antara objektif pelaburan adalah seperti berikut

  • Objektif saya ialah untuk memelihara modal. Saya hanya boleh menerima risiko kerugian paling minima, walaupun ia bermakna pulangan yang minima dan sangat rendah.
  • Objektif pelaburan saya adalah untuk mencapai pulangan yang sedikit lebih baik daripada kadar deposit bank. Saya boleh menerima risiko kerugian yang kecil demi potensi pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar deposit tetap dalam jangka sederhana. Tempoh masa pelaburan saya melebihi 3 tahun.
  • Objektif saya adalah untuk mencapai pertumbuhan pelaburan yang sederhana. Saya boleh menerima risiko kerugian modal sederhana demi mendapatkan potensi pulangan sederhana dalam jangka panjang. Tempoh masa pelaburan saya melebihi 5 tahun.
  • Objektif pelaburan saya adalah untuk mencapai pertumbuhan modal yang tinggi. Saya boleh menerima risiko kerugian modal yang tinggi demi mengejar potensi pulangan yang tinggi dalam jangka panjang. Tempoh masa pelaburan saya melebihi 5 tahun
  • Objektif pelaburan saya adalah memaksimumkan pertumbuhan modal. Saya boleh menerima risiko kerugian modal yang sangat tinggi dalam jangka panjang demi mendapatkan potensi pulangan yang sangat tinggi dalam jangka panjang. Tempoh masa pelaburan saya melebihi 10 tahun.

Pilihan objektif pelaburan di atas akan disesuaikan dengan jenis dana mengikut tahap risiko. Contohnya jika objektif pelaburan nombor 5, dana yang sesuai ialah Dana Pertumbuhan.

#3 Tahap Pendidikan Tertinggi

Tahap pendidikan yang tinggi membolehkan pelabur memahami pelaburan unit amanah dengan mudah. Pendidikan juga boleh mengelakkan pelabur daripada melakukan kesilapan dalam pelaburan.

Tahap-tahap pendidikan adalah seperti berikut

  1. Kelayakan Profesional dalam bidang kewangan
  2. Perancang Kewangan Bertauliah
  3. Graduan university
  4. Sekolah Menengah
  5. Sekolah Rendah dan bawah

Lagi tinggi tahap pendidikan kewangan lagi tinggi risiko pelaburan yang boleh ditanggung.

#4 Pengalaman Dengan Produk-Produk Pelaburan

Selain pendidikan, pengalaman dalam pelaburan boleh membantu pelabur dalam mencapai objektif pelaburannya. Tahap-tahap pengalaman adalah seperti berikut

  1. Saya mempunyai lebih 3 tahun pengalaman melabur dalam produk berkaitan equity atau saham dan produk-produk berkaitan mata wang asing
  2. Saya mempunyai lebih 3 tahun pengalaman melabur dalam produk-produk berkaitan equity.
  3. Saya mempunyai sedikit pengalaman melabur dalam produk-produk berkaitan equiti.
  4. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam produk-produk berkaitan equity.

#5 Kedudukan Kewangan

Dalam keadaan tertentu pelabur boleh melabur dalam dana yang di luar tahap risiko berdasarkan umur. Contohnya pesara dengan dana persaraan RM 5 juta tentunya lebih fleksibel berbanding dengan pesara dengan duit KWSP RM 300 ribu.

Katakan duit yang diperlukan untuk menampung sara diri sepanjang umur persaraan ialah RM 3 juta, maka lebihan daripada ini boleh dilaburkan dalam dana pertumbuhan. Walau apa yang terjadi kepada pasaran saham tidak akan menjejaskan kualiti hidup pesara.

Sebaliknya pesara yang tidak mempunyai dana yang mencukupi tidak wajar meletakkan wang persaraan mereka dalam dana yang tinggi risiko. Kekurangan dana persaraan memaksa pesara kembali bekerja semula.

Kesimpulan

Agen unit trust harus memastikan penilaian kesesuaian pelabur dilakukan terlebih dahulu sebelum mencadangkan dana pelaburan.

Pilihan dana unit trust yang sesuai dengan pelabur adalah berdasarkan keupayaan pelabur untuk memahami dan menanggung risiko pelaburan.

Perkara lain yang harus ditekankan ialah status patuh syariah dana untuk orang Islam. Tentu sekali setiap orang Islam tidak sesuai melabur ke dalam dana yang tidak patuh syariah.

Elias Abllah, Personal Finance

Penilaian Kesesuaian Pelabur
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *