Petronas untung banyak

Kejatuhan harga minyak lebih daripada 50% pada tahun ini menyebabkan perolehan Petronas pada suku ketiga 2015 jatuh sebanyak 87%.

Jika keadaan ini berterusan sumbangan dividen Petronas kepada kerajaan akan berkurang lagi sebanyak RM 10 billion pada tahun 2016.

Kejatuhan harga minyak ini pada umumnya menyalahkan pengeluaran minyak syal (shale oil) US dan kedegilan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran mereka. Malahan OPEC meningkatkan lagi pengeluaran minyak mereka.

minyak syal us

Ini ditambah pula peningkatan mendadak minyak daripada Iraq dan juga daripada Iran apabila sekatan ekonomi di tarik balik awal 2016.

Iraq oil

Tetapi ini semua tidak menjelaskan kenapa harga komoditi lain seperti getah, sawit dan emas turut jatuh pada masa yang hampir sama?

Harga-Getah-SMR20

Harga-Minyak-Sawit-Mentah

Jika anda teliti dua graf di atas, apabila US Dollar meningkat, harga komoditi menurun dan juga sebaliknya apabila US Dollar menurun.

Daripada tahun 2008 hingga 2014, US Federal Reserve melambakkan ber trillion dollar ke dalam pasaran dunia. Lambakan ini ialah untuk mengelakkan ekonomi US masuk ke era depression seperti tahun 1932.

Ini menyebabkan US dollar menjadi murah berbanding mata wang lain seperti Euro dan RM.

Kemudiannya pelabur-pelabur utama dunia membawa wang mereka keluar daripada US untuk mengelakkan kejatuhan nilai US Dollar.

Saiz pelaburan di US amat besar berbanding dengan negara lain. Contohnya pada tahun 2012, pasaran saham di US bernilai $18.67 trillion. Berbanding dengan Malaysia hanya $0.6 Trillion.

Cara nak faham ialah, pelabur antara bangsa hanya perlu $ 0.6 Trillion untuk beli semua syarikat senaraian awam di Malaysia, termasuk semua bank, syarikat perladangan sawit dan anak syarikat Petronas.

Begitu juga dengan saiz dagangan pasaran minyak mentah, hanya $ 1 Trillion. Dengan $ 1 Trillion boleh beli semua minyak yang ada atas muka bumi ini.

Market-Value-of-Stock-Markets-by-Country

Maka pelabur antarabangsa mencari asset alternatif kepada US asset. Limpahan Dollar ke dalam komoditi menyebabkan harga komoditi melonjak tinggi.

Inilah sebabnya kenapa harga emas, minyak, dan sawit meningkat mendadak bermula tahun 2008.

Tetapi, aliran ‘hot money’ ini membuat U turn apabila US Federal Reserve menamatkan program lambakan US Dollar ke dalam pasaran pada tahun 2014.

Di jangkakan pada Disember 2015, interest rate US akan dinaikkan. Ini menyebabkan spekulasi kenaikan harga US Dollar dan kejatuhan komoditi.

US dollar vs oil and gold

Kesimpulan

Kejatuhan harga minyak berpunca kepada trend asas di mana secara keseluruhannya harga komoditi sedang menurun.

Faktor minyak syal dan OPEC hanya menambah lagi kepada trend ini. Bermakna, harga minyak lebih sensitif dengan pergerakkan nilai US Dollar berbanding supply and demand factors.

Dengan kata lain trend harga minyak akan kekal rendah untuk jangka masa 7 ke 10 tahun lagi. Walaubagaimanapun akan ada turun dan naik disebabkan supply demand and geopolitcal factors daripada masa ke semasa.

While the overall trend is low, there are often short-term bursts of volatility.

Kecuali jika senario seperti dalam post saya sebelum ini benar-benar terjadi. Baca seterusnya.

Sekian, wassalam.

Elias Abllah

Penanda Utama Kejatuhan Harga Minyak
Tagged on:                             

2 thoughts on “Penanda Utama Kejatuhan Harga Minyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *