Pepatah Arab, as-sa’atu kas saif, masa itu ibarat pedang. Kalau kita tidak potong masa, masa akan potong kita.

Saya nak kongsikan satu cara untuk memotong masa supaya kita tidak terpotong olehnya. Ini saya kutip daripada trainer dan leader di Public Mutual dalam siri latihan yang saya ikuti dengan sedikit penambah baik daripada saya sendiri.

Full Time vs Part Time

Ada ejen full time dan ada ejen part time. Bagi saya tiada beza antara duanya. Yang membezakan adalah berapakah jumlah pelaburan yang dibawa masuk dari bulan ke bulan. Ini akan diterjemah kepada jumlah komisen yang diraih.

Ada ejen part time yang jauh lebih tinggi komisennya daripada ejen yang full time. Sebab utama perbezaan ini ialah bagaimana mereka menggunakan masa.

Mari kita potong-potong masa kita dalam seminggu. Maka hasilnya ialah seperti dalam jadual di bawah.

Kalau anda ejen part time, macam mana nak buat? Adakah menjadi ejen Public Mutual boleh menganggu kerja full time anda?

Sebagai upline, saya minta anda buat kerja full time anda sehabis baik. Tidak kurang dengan kualiti rakan sekerja yang lain.

Kalau anda seorang engineer, jadilah engineer betul-betul. Walaupun anda benci bos anda, tapi untuk sementara waktu, kerja yang ada di tangan haruslah dilaksanakan dengan bertanggungjawab.

Ini kerana, apa yang kekal bukanlah kerja anda tetapi reputasi diri anda sendiri. Anda boleh berhenti kerja atau pindah syarikat lain, tetapi reputasi anda akan kekal.

Anda bagus di tempat kerja, saya yakin anda juga bagus bila jadi ejen unit trust. Ejen seperti inilah yang saya cari-cari.

Contoh Pemotong Masa

Jadi bagaimanakah anda boleh cemerlang di tempat kerja dan juga cemerlang di Public Mutual? Saya bawakan satu contoh sebenar seorang ejen unit trust yang bermula sebagai part time. Sekarang dah jadi antara top Group Agency Manager.

Highlight kuning itu menunjukkan masa dia kerja untuk Public Mutual. Perhatikan betul-betul, tiada masa office digunakan untuk buat kerja unit trust.

Di sebelah pagi, beliau sampai seawal pukul 7 pagi. Sejam sebelum waktu pejabat bermula pada pukul 8 pagi. Dia akan buat telephone call selama sejam sambil breakfast. Tujuannya ialah untuk set appointment untuk pada waktu lunch break atau selepas waktu pejabat petang nanti.

Habis call pukul 9 pagi terus dia masuk pejabat. Dia harus siapkan segala kerja pejabat dengan cekap dan efficient, sebab tengah harinya nanti dah ada appointment yang menanti.

Habis appointment tengahari, solat Zohor dan masuk kembali ke pejabat. Kerja lah dia sehingga Asar dan petangnya pukul 6 dah ada lagi satu appointment yang confirm.

Habis appointment dah hampir Mahgrib. Selesai Solat Maghrib, rehat atau makan sementara menunggu Isyaa. Sesudah itu dia dah ready untuk appointment ketiga hari itu.

Nampak, bagaimana kita potong masa?

Kalau anda buat betul-betul seperti di atas, apa akan jadi kepada anda nanti? Mahunya tak kaya kalau kerja macam ni…!  tiada rahsia sebenarnya untuk berjaya. Seperti mana tiada rahsia atau supplement magic untuk kurus. Anda sendiri yang harus lakukan.. bukan orang lain.

Contoh Di Potong Masa

Bagaimana pula dengan jadual waktu kebanyakan ejen full time. Kebanyakan tak ada jadual kerja khusus pun. Tapi boleh diterjemah kepada gambaran seperti di bawah.

Kalau boleh dia nak pakai berus cat 3 inci untuk highlight semua blok waktu jadual di atas. Oleh kerana dia ejen full time, maka semua waktu dia yang punya. Kerja sendiri la katakan. Jadi dia rasa dia bebas.

Bangun pagi lambat, bersiap lambat dan keluar rumah pukul 11 tengah hari. Barulah terhegeh-hegeh nak buat phone call set appointment. Sedangkan client dah ada appointment lain lunch dan lepas office nanti.

Yang belum ada apointment lagi ialah ejen-ejen seperti dia juga. Maka berhimpunlah ejen-ejen tanpa appointment ini berdua, bertiga atau beramai-ramai. Berborak sambil buang masa scroll facebook. Sambil terfikir macam mana nak dapat sale bulan ni…

” macam mana sales kau der?”, tanya seorang ejen kepada seorang ejen lain.

” slow la der, ekonomi kurang bagus lah…”, jawab kawannya.

” Samalah dengan aku, client pun tak nak jumpa nih”, balasnya sambil hembus asap rokok.

Betul lah pepatah Arab, as-sa’atu kas saif, masa itu ibarat pedang. Kalau kita tidak potong masa, masa akan potong kita.

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance.

Pemotong Masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *