Ya betul, minyak di dalam perut bumi adalah 100% milik negeri dan rakyatnya. Tetapi apabila minyak sudah dikeluarkan daripada perut bumi, ianya bukan lagi 100% milik kita.

Ada hak orang lain juga dalamnya. Ada hak pekerja yang bekerja dan ada hak ahli perniagaan atas usaha dan risiko yang di ambil.

Mari kita belajar bagaimana hasil minyak dibahagikan.

Pembahagian Hasil Satu Tong Minyak

Ilustrasi yang saya gunakan adalah berdasarkan generic Production Sharing Contract sepertimana yang saya gunakan untuk mengajar Petroleum Contract di universiti.

Andaikan harga minyak satu tong ialah RM 100.

RM 10 telah ditolak siap-siap sebagai royalti.

(Royalti macam royalti buku, jika anda penulis buku bukan semuanya harga buku itu dapat kepada anda)

Royalti ini pula dibahagikan antara kerajaan negeri dan pusat dengan kadar 50:50.

Kos pengeluaran dan pembinaan facilities juga dibayar daripada satu tong minyak ini juga.

Maka setelah ditolak royalti dan kos dapatlah untung kasar sebanyak RM 50.

pembahagian hasil minyak mentah malaysia royalti PETRONAS
Pembahagian Hasil RM 100 satu tong minyak

Untung kasar ini pula dibahagi antara Petronas sebagai National Oil Company dengan Syarikat minyak seperti Shell, Exxon Mobil dan Nippon Oil. Petronas juga ada anak syarikat minyak iaitu Petronas Carigali.

Pembahagian 70:30 memberi Petronas sebanyak RM 35 dan syarikat minyak RM 15.

Untung kasar syarikat minyak RM 15 ini pula dikenakan cukai sebanyak 40%, maka tinggal lah untung bersih sebanyak RM 9.

Siapa yang paling banyak dapat bahagian?

Kerajaan mendapat hasil melalui royalti + cukai dan secara tidak langsung melalui Petronas.

Oleh itu Kerajaan Malaysia mendapat RM 10 +RM 35 +RM 6 dengan jumlah RM 51. Manakala syarikat minyak hanya mendapat RM 9.

Ini menjadikan kerajaan mendapat bahagian yang terbesar dalam pembahagian hasil minyak.

Maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menggunakan hasil ini untuk kesejahteraan rakyat. Petronas dan pekerjanya sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Tanggungjawab kita pula ialah memastikan kerajaan yang dipilih adalah jujur dan mampu menguruskan hasil mahsul negara demi kebaikan seluruh negara.

Elias Abllah, Personal Finance

Kenapa Keuntungan PETRONAS Menjunam 96%

Pembahagian Hasil Minyak Negara
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *