Dalam kajian kes ini saya mengambil satu dana yang sudah melalui tiga krisis ekonomi. Mari kita namakan dana ini Dana PXX (bukan nama sebenar). Saiz dana ini pada suku ke 3 2016 melebihi RM 5 billion.

Dana ini dilancarkan sejak tahun 1997 dan amat popular di kalangan pelabur unit trust di Malaysia. Buat masa sekarang, dana ini hanya menerima skim pelaburan ahli KWSP sahaja. Untuk pelaburan tunai masih belum dibuka lagi. Hampir sold out!

Dalam prospectusnya, dinyatakan objektif  pelaburannya ialah untuk mencapai ‘capital growth’ dalam masa sederhana dan panjang dengan melabur di dalam portfolio pelaburan yang mematuhi prinsip shariah.

Tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk membuat satu kajian kes pelaburan unit amanah yang sudahpun melalui jatuh dan naik ekonomi Malaysia dan dunia.

Kajian Kes

Jika seorang pelabur memulakan pelaburan pada tahun 1997 dalam PXX sebanyak RM 10,000 dan kemudiannya dengan tambahan sebanyak RM 1,000 setiap bulan hingga tahun 2015, berapakah jumlah pelaburan kini? Termasuk semua pengagihan dividen dilaburkan semula.

Untuk mendapat jawapan ini, kita memerlukan harga dana dan pengagihan dividen daripada tahun 1997 hingga 3 Januari 2017. Mana nak dapat rekod ini semua?

Terima kasih kepada Investment Simulator software ini yang membolehkan saya mendapatkan jawapan dengan mudah.

 

Jawapan daripada simulator pelaburan ini amat mengejutkan saya. Jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM 592,919!

Dan jumlah ini juga telah mengambil kira kos jualan 5.5%.

Seorang bayi dilahirkan pada April 1997 dan mari kita namakan dia dengan Ahmad Iqbal. Sempena hari lahir, ibu bapanya melabur dalam Dana PXX sebanyak RM 10,000 dan kemudiannya membuat potongan gaji sebanyak RM 1,000 setiap bulan atas nama Ahmad Iqbal

Hal ini dirahsiakan hinggalah pada Januari 2017 umur Ahmad Iqbal nak masuk 20 tahun dan bapanya menyerahkan penyata pelaburan PXX lebih setengah juta. Apa perasaan dia?

PXX Menyusuri 3 kali Krisis Ekonomi

Anda pasti pernah dengar nama Renong? Kalau anda ingat maknanya anda dah tua. Sekarang dah tiada lagi. Banyak juga syarikat gergasi sudah ditapau bungkus.

Begitu juga dengan unit trust. Tidak kurang juga unit trust yang sudah pun tutup ataupun diambil alih pengurusannya. Ingat lagi ABRAR dan juga Amanah Saham Johor?

Simulasi pelaburan PXX ini telah melalui Asian Financial Crisis 1998, krisis ekonomi 2001, Subprime Crisis 2008 dan terkini kejatuhan harga minyak. Namun pelaburan dalam dana PXX masih utuh.

Oleh itu, melaburlah dengan syarikat unit amanah yang sudah terbukti melalui zaman-zaman kemelesetan ekonomi.

Masa Kedua Terbaik

Adakah sekarang masa sekarang sesuai untuk melabur? Ini soalan biasa yang saya dapat. Mereka biasanya ingin timing market dan masuk melabur pada masa yang mereka rasakan sesuai.

Mereka mengamalkan sikap ‘tunggu dulu dan melabur’ yang akhirya terlepas peluang bila semua sudah naik.

Lihat pada carta KLCI di bawah. Amat mustahil untuk kita menjangka dengan tepat apa yang akan berlaku kepada KLCI enam bulan akan datang.
KLCI CHART

Oleh itu, jangan tunggu 20 tahun lagi untuk melabur tetapi melaburlah dan tunggu lagi 20 tahun. Hubungilah ejen unit trust anda, mereka sedia membantu.

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance.

Jika anda berminat jadi agent unit trust, boleh register di sini.

 

Pelaburan Unit Trust, Adakah Teruji?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *