Saiz dana Public Ittikal pada suku ke 3 2016 ialah RM 5.2 billion. Dana ini dilancarkan sejak tahun 1997 dan amat popular di kalangan pelabur unit trust di Malaysia. Buat masa sekarang, dana ini hanya menerima skim pelaburan ahli KWSP sahaja. Untuk pelaburan tunai masih belum dibuka lagi. Hampir sold out!

Dalam prospectus Public Ittikal, dinyatakan objektif  pelaburannya ialah untuk mencapai ‘capital growth’ dalam masa sederhana dan panjang dengan melabur di dalam portfolio pelaburan yang mematuhi prinsip shariah.

Tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk membuat satu kajian kes pelaburan unit amanah yang sudahpun melalui jatuh dan naik ekonomi Malaysia dan dunia.

Kajian Kes

Jika seorang pelabur memulakan pelaburan pada tahun 1997 dalam Public Ittikal sebanyak RM 10,000 dan kemudiannya dengan tambahan sebanyak RM 1,000 setiap bulan hingga tahun 2015, berapakah jumlah pelaburan kini? Termasuk semua pengagihan dividen dilaburkan semula.

Untuk mendapat jawapan ini, kita memerlukan harga dana dan pengagihan dividen daripada tahun 1997 hingga 3 Januari 2017. Mana nak dapat rekod ini semua?

Nasib baik Public Mutual menyediakan semua data ini melalui investment simulator yang disediakan oleh Public Mutual.

Jawapan daripada simulator pelaburan ini amat mengejutkan saya. Jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM 592,919!

Dan jumlah ini juga telah mengambil kira kos jualan.

Bayangkan Ahmad Ittikal dilahirkan pada 10 April 1997. Sempena hari lahir, ibu bapanya melabur dalam Public Ittikal sebanyak RM 10,000 dan kemudiannya membuat potongan gaji sebanyak RM 1,000 setiap bulan atas nama Ahmad Ittikal.

Hal ini dirahsiakan hinggalah pada Januari 2017 umur Ahmad Ittikal nak masuk 20 tahun dan bapanya menyerahkan penyata pelaburan Public Ittikal lebih setengah juta. Apa perasaan dia?

Public Ittikal Menyusuri 3 kali Krisis Ekonomi

Anda pasti pernah dengar nama Renong? Kalau anda ingat maknanya anda dah tua. Sekarang dah tiada lagi. Banyak juga syarikat gergasi sudah ditapau bungkus.

Begitu juga dengan unit trust. Tidak kurang juga unit trust yang sudah pun tutup. Ingat lagi ABRAR dan juga Amanah Saham Johor?

Simulasi pelaburan Public Ittikal ini telah melalui Asian Financial Crisis 1998, krisis ekonomi 2001, Subprime Crisis 2008 dan terkini kejatuhan harga minyak. Namun pelaburan dalam dana Public Ittikal masih utuh malah mampu gandakan wang.

Oleh itu, melaburlah dengan syarikat unit amanah yang sudah terbukti melalui zaman-zaman kemelesetan ekonomi.

Masa Kedua Terbaik

Adakah sekarang masa sekarang sesuai untuk melabur? Ini soalan biasa yang saya dapat. Mereka biasanya ingin timing market dan masuk melabur pada masa yang mereka rasakan sesuai.

Mereka mengamalkan sikap ‘tunggu dulu dan melabur’ yang akhirya terlepas peluang bila semua sudah naik.

Lihat pada carta KLCI di bawah. Amat mustahil untuk kita menjangka dengan tepat apa yang akan berlaku kepada KLCI enam bulan akan datang.
KLCI CHART

Oleh itu, jangan tunggu 2o tahun lagi untuk melabur tetapi melaburlah dan tunggu lagi 20 tahun. Hubungilah ejen unit trust anda, mereka sedia membantu.

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance.

BONUS. FREE e book Panduan Pelaburan Unit Amanah. Register di sini.

Pelaburan Unit Trust, Adakah Teruji?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *