Melalui satu dana unit trust saya dapat melabur secara tidak langsung di negara besar China. Dana itu melabur di dalam dua syarikat terbesar di China ini

  1. Tencent Holding Limited
  2. China Mobile Limited

Dengan pelaburan permulaan serendah RM 1,000 anda juga mampu untuk memiliki 2 syarikat besar di China ini disamping lebih 50 syarikat lain daripada China, Taiwan, Korea, Indonesia, Thailand dan Singapore.

#1 Tencent Holding Limited

Tencent adalah sebuah syarikat yang menyediakan media, hiburan, internet, game, apps WeChat dan mengendalikan perkhidmatan pengiklanan dalam talian di China. Ibu pejabatnya terletak di daerah Nanshan, Shenzhen.

Tencent menyediakan platform internet di China iaitu QQ Instant Messenger, Weixin, WeChat, QQ.com, QQ Games, Qzone, and Tenpay.

Sehingga 31 Jun 2016, akaun pengguna aktif bulanan QQ adalah 899 juta manakala peak concurrent user accounts mencapai 247 juta. Gabungan Weixin dan WeChat adalah 806 juta. Jumlah ini bersamaan 28 kali ganda penduduk Malaysia, menjadikan Tencent antara gergasi syarikat internet terbesar dunia.

Untuk 5 tahun, saham Tancent meningkat lebih 400% yang disokong dengan peningkatan keuntungan tahun demi tahun seperti yang ditunjukkan di bawah.

#2 China Mobile Limited

Sebagai pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang terkemuka di tanah besar China, China Mobile Limited menyediakan perkhidmatan komunikasi di semua 31 wilayah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran yang ditadbir di seluruh tanah besar China dan Hong Kong

China Mobile mempunyai rangkaian mudah alih dan jumlah pelanggan mudah alih terbesar di dunia. Jika Celcom, Digi dan Maxis bergabung pun, masih tak boleh lawan China Mobile.

Sehingga 31 Disember 2015, China Mobile mempunyai sejumlah kakitangan 438,645 orang dan mengekalkan kedudukan yang terkemuka di tanah besar China dari jumlah pelanggan yang mencapai 826 juta orang!

China Mobile juga menduduki tempat ke-20 Forbes Magazine dalam 2015 “Forbes Global 2000”, dan mendapat tempat pertama di kalangan semua syarikat telekomunikasi. Syarikat sekali lagi dipilih sebagai salah satu daripada “FT Global 500” syarikat dengan Financial Times pada 2015 dan menduduki tempat ke-11. Syarikat ini juga telah disenaraikan dalam Dow Jones Sustainability Indeks bagi tahun kelapan berturut-turut.

Terbaru, China Mobile Limited diundi oleh penganalisis dan pelabur sebagai “Best Managed Large Cap in China” dalam kategori “Best Managed Companies Poll 2016” yang dianjurkan oleh majalah kewangan Asiamoney

Di samping itu, mereka juga  telah memenangi “The Asset Platinum Award”  dalam tadbir Urus, CSR dan Perhubungan Pelabur yang dianugerahkan oleh majalah kewangan tersebut.

Pelbagai anugerah yang dimenangi dan jumlah pasaran yang amat besar menyebabkan China Mobile Limited menjadi pilihan utama pengurus dana dari seluruh dunia. Untungnya pelabur kecil-kecilan seperti saya, boleh jugalah melabur secara tidak langsung melalui unit trust.

Prestasi tahun lepas amat baik, dengan pulangan 19%. Ini tentulah boleh menampung kedukaan dividen ASB dan Tabung Haji yang rendah tahun lepas.

 

Pelaburan dalam dana antarabangsa seperti ini memberi kelebihan dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh berbanding matawang negara jiran. Cuba shopping di Rantau Panjang Kelantan, tentunya peniaga mengeluh barang mahal sejak duit ringgit jatuh berbanding baht.

Perkongsian di atas bukanlah untuk mencadang anda melabur dalam dana tersebut. Anda perlu menilai objektif pelaburan dan tahap kebolehan anda menerima risiko sebelum melabur,

sekian.

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

Pelaburan di China
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *