Jay Leno, pengacara popular NBC The Tonight Show kata, “Saya sentiasa ada dua punca pendapatan, satu saya belanjakan, satu lagi saya simpan”.

Ini bagi saya satu strategi simpanan dan pelaburan yang amat bijak.

“Saya mula bekerja sebagai jurujual kereta sambil menjadi pelawak dan pengacara. Bila saya dah mula dikenali, pendapatan saya sebagai pelawak lebih tinggi daripada pendapatan jual kereta”.

Dia mula mula buat dua kerja di usia muda lagi.

“Jadi saya simpan sahaja duit itu dan hanya belanjakan duit hasil jual kereta”, katanya lagi yang berpendapatan USD 30 juta setahun di kemuncak kerjayanya.

Dan dia pastikan belanja daripada pendapatan yang lebih kecil.

Mungkin kita tidaklah sepopular Jay Leno untuk dapat pendapatan berjuta, tetapi ada pengajaran yang begitu penting untuk kita, terutamanya bagi yang buat kerja part time seperti agent unit trust atau takaful.

Beli BMW

Ada agent dengan komisen hasil usaha jadi agent unit trust, digunakan untuk membeli BMW (saya pun buat dulu hehe). Ada juga yang gunakan komisen untuk beli hartanah sebagai pelaburan.

Apa pun plan anda, anda berhak ke atasnya. Lagipun itu duit anda sendiri. Namun dalam artikel ini saya nak cadangkan plan yang lebih baik, khususnya part time agent.

Ramai engineer, accountant, kakitangan awam malah doktor pun ada yang buat kerja agent unit trust secara part time. Sebelum menjadi agent, gaji mereka sudah cukup untuk menampung keperluan keluarga. Paling tidak pun mereka boleh hidup seadanya.

Mesti Cakap Serupa Bikin

Maka, saya mencadangkan setiap sen komisyen yang dapat, janganlah diusik. Tiru macam Jay Leno buat. Supaya komisyen ini boleh terus dilaburkan kembali dalam unit trust. Biarkan ia berkembang biak.

Lagipun , anda mestilah percaya yang pelaburan unit trust ini, adalah pelaburan yang mudah, mampu milik dan tidak memerlukan pengurusan yang rencah seperti pelaburan hartanah.

Bukankah itu yang anda selalu cakapkan kepada pelabur-pelabur anda? Jangan cakap tak serupa bikin pula.

Tak kiralah berapa sahaja komisyen anda dapat, seratus ke, seribu ke atau puluhan ribu sekalipun, laburkan terus dalam unit trust.

Untuk keperluan hidup, anda hanya guna pendapatan daripada kerja hakiki anda. Jangan diusik duit komisyen.

Hakikatnya, berapa lama sangat komisyen RM 1000 yang dicucuk keluar daripada ATM boleh bertahan? Sehari, seminggu atau sebulan.

Kalau semuanya komisyen dibelanjakan, maka tiadalah perubahan dalam kekayaan anda, sebelum jadi agent atau selepas jadi agent.

Kerja 3 Jam Sehari dan Kumpul Juta Ringgit

Jom, saya kirakan berapa kekayaan anda selepas anda laburkan semua komisyen anda dalam unit trust selama 10 tahun.

Stage 1

Anda mulakan pelaburan dengan RM 1000, dan target anda nak dapat komisyen RM 1000 sebulan yang mana anda laburkan semuanya dalam unit trust.

Kemudian, setiap tahun komisen anda bertambah sebanyak RM 1000. Bermakna, pada tahun kedua, komisyen anda RM 1000 dan pada tahun kesepuluh komisen anda RM 10,000.

Oleh itu berapakah jumlah pelaburan anda pada anniversary anda ke-10, dengan mengambil kira caj jualan sebanyak 5.5%?

Pelaburan Permulaan = RM 1000,

Pelaburan Bulanan = RM 1000

Peningkatan Pelaburan Tahunan = RM 1000

Tempoh Pelaburan = 10 tahun (120 bulan)

Untung Pelaburan Tahunan = 8% ( anggaran rendah)

Service Caj = 5.5%

Jawapan

Selepas dikenakan caj jualan, jumlah untuk pelaburan ialah RM 947.88. Saya gunakan apps Financial Calculator dan ini jawapannya;

Anda lebih kaya sebanyak RM 848,601 selepas 10 tahun anda dalam industri unit trust!

Stage 2

Katakan selepas 10 tahun anda tak mau jadi agent unit trust lagi, dan tumpukan dengan kerjaya anda sahaja atau anda pilih tak mahu simpan lagi, belanja je semua komisyen selepas ini.

Dan duit pelaburan anda sebanyak RM 848,601 terus dilaburkan selama sepuluh tahun lagi.

Berapa duit yang anda akan ada?

Yes, anda akan ada RM 1.8 juta! Amat berbaloi dengan kerja part time sepuluh tahun sahaja dan tanpa perlu anda berhenti kerja pun.

OK tak?

Tapi tak kan tunggu 20 tahun baru nak merasa?

Jawab saya, mari kita lupakan tunggu menunggu ni. Cuba fikir apa jadi andai esok anda kena buang kerja, atau sakit atau ahli keluarga perlukan bantuan? Masa inilah tabungan ini amat penting dan tak perlu tunggu lagi bila perlu.

Tangguh Beli Kereta

Inilah yang saya ajarkan kepada agent-agent kami di Saff Associates. Saya mahu mereka menjadi ‘Financial Freedom’ dengan hidup bebas hutang.

Bukan tak boleh beli BMW dulu. Tapi kalau Jay Leno boleh tunggu dan akhirnya dia mempunyai 136 koleksi kereta, 90 motor besar, dengan nilaian USD 50 juta, kenapa tidak anda?

Tak kisah dah berapa kereta dia nak, sebab itu hanya sebahagian kecil daripada hartanya berjumlah USD 350 juta.

“Begitu ramai orang pada umur saya sekarang tidak punya apa-apa sebab mereka belanjakan semuanya”, kata Leno yang berumur 67 tahun.

Wassalam.

Elias Abllah.

Nota Tambahan:

Pendapatan anda daripada unit trust dikira sebagai pendapatan perniagaan. Uruskan cukai anda supaya mendapat kelebihan cukai dengan jadi agent unit trust.

Cara Jadi Agen Unit Trust

Part Time Unit Trust Agent. Apa Nak Buat Dengan Komisyen?
Tagged on:

2 thoughts on “Part Time Unit Trust Agent. Apa Nak Buat Dengan Komisyen?

  • September 22, 2018 at 9:45 pm
    Permalink

    Macamana untuk jadi part time agen public mutual.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *