Bank Negara Malaysia dijangkakan akan mengekalkan OPR 3.25% pada Mesyuarat Monetary Policy Committee (MPC) 7 Mac 2018. Pengumuman akan dibuat sejurus mesyuarat tamat pada pukul 3 petang.

Gambar dari, REUTERS/Olivia Harris

Jangkaan ini mengambil kira kadar inflasi yang lebih rasional dan juga ketiadaan isyarat kenaikan kadar OPR dalam MPC Januari lalu.

Ini juga selari dengan US FOMC yang mengekalkan Fed Rate dalam julat 1.25%-1.5% pada akhir Januari 2018, walaupun BNM tidak perlu terikut dengan langkah mereka.

Apa yang perlu diperhatikan dalam pengumuman nanti ialah isyarat mengenai kenaikan OPR untuk baki lagi 9 bulan tahun 2018. Jika adanya isyarat jelas kenaikan OPR, pasaran saham akan mula berhayun lebih rancak.

Sama-sama nantikan.

Elias Abllah, Personal Finance

OPR Dijangka Kekal 3.25%
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *