Cuti Hari Wilayah, kami sekeluarga mengambil peluang ke panggung wayang. Ola Bola!

Jelas skali, filem Malaysia juga mampu membuat orang menangis. Tahniah kepada AstroShaw.

Yang mana dah tonton, pasti akan berkongsi perasaan yang sama dengan saya. Kalau belum, anda mesti pergi tonton.

Pemain bolasepak kebangsaan dulu-dulu, main bola bukan sebagai pekerjaan utama. Mereka ada kerja hakiki yang lain.

Bila tiada latihan dan perlawanan mereka akan kembali berkerja seperti biasa. Tiada jaminan masa depan atau kemewahan dalam sukan bolasepak pada masa itu.

Namun, 1980 mencatat sejarah apabila Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olympic. Mampu mengalahkan Korea Selatan dan juga mampu seri dengan England.

Hebat Harimau Malaya dulu.

Namun hingga kini bolasepak Malaysia masih dalam musim mendung berpuluh tahun lamanya.

Malaysia football ranking
Ranking Bolasepak Maaysia vs Korea Selatan

Kita boleh bermain bola sepanjang tahun tidak seperti Russia atau Sweden yang berbulan-bulan padang bersalji.

Negara kita aman tenteram bukan berbaling batu kepada askar Zionis seperti di Palestin.

Negara kita tidaklah sepanas Qatar atau Cameroon.

Kita ada stadium besar dan sekolah sukan

Kita ada segalanya dan lebih lagi daripada kita pada tahun 1980.

Tidak mustahil untuk kita muncul kembali sebagai Harimau Malaysia yang bermaruah.

Jelas dalam Filem Ola Bola, sukan bolasepak boleh menyatukan rakyat Malaysia. Tidak seperti sekolah, parti politik, agama atau bisnes; mana ada bola Melayu, Bola Cina atau Bola India. Bola Iban ke.

Bola, bola la.

Wassalam

OLA BOLA! Bola is Bola
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *