Setelah kita membuat prospecting, langkah seterusnya ialah membuat temujanji. Objektif utama temujanji ialah untuk mengajak bakal pelabur untuk berjumpa.

Caranya dengan hubungi dengan phone call, whatapps ataupun sms. Kalau phone call, skripnya lebih kurang begini,

Agen : Assalamualaikum Tuan/Bro/Tn Hj/Pn, Apa khabar?

Prospek : Waalaikumussalam. Alhamdulillah baik.

————- bina ruang untuk build rapport berdasarkan keselesaan dan kreativiti———

Agen : Saya call ada hajat nak ajak tuan berjumpa. Just bual-bual pasal pelaburan over the coffee.

Prospek : Boleh juga, bila?

Agen : Esok breakfast atau lunch time di KLCC?

Prospek : Pagi saya ada meeting, kalau lunch insyaAllah.

Agen : Ok, pukul 1230 di Level 2 KLCC. Jumpa nanti, InsyaAllah.

Prospek : Ok.

Of course, tidak semua perbualan selurus ini jalannya. Tapi inilah kerangka utama bila buat temujanji. Introduction, rapport, closing for appointment. Antara rapport dan closing kadang-kadang ada objection. Contohnya, sibuk, mak mertua datang, kucing sakit dan sebagainya. Handling objection saya akan cerita di post lain.

Kesilapan biasa dalam membuat temujanji ialah terlalu banyak memberi info, seolah-olah dah nak minta prospek terus kaya ‘yes’ nak melabur dengan kita. Dalam sale cycle ada turutannya.

  1. Prospecting
  2. Set an appointment
  3. Presentation
  4. Closing
  5. Follow-up

Setiap step ada obejektifnya sendiri. Jangan gopoh nak present dan closing dalam phone call sahaja!

Kesilapan lain ialah bila meminta prospek memberi cadangan bila dia free. Sebenarnya prospek kita banyak benda yang dia kena fikir. Oleh itu baiklah kita yang beri cadangan.

Beri dua cadangan masa. Contohnya, breakfast atau lunch? Lunch time atau after office.

Akhir sekali, beri peringatan pada hari nak jumpa. Jangan teperanjat yang kadangkala prospek tak muncul sebab betul-betul lupa.

Jika anda agen unit trust agen sama ada part time atau full time, clock-in anda bermula bila prospek merebahkan punggung di bangku di waktu temujanji. Clock out bila prospek mula berjalan balik.

Waktu-waktu lain hanyalah preparation sahaja. Berapa jauh anda boleh pergi dalam kerjaya agen unit amanah bergantung kepada ‘man-hour’ berdepan dengan prospek dalam sehari, seminggu dan sebulan.

All the best.

Wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance.

Cara Jadi Agen Unit Trust

Nota Agen Unit Amanah : Membuat Temujanji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *