Cerita ini saya petik daripada buku What Your Financial Advisor Isn’t Telling You. Dalam usia 40-an, stay at home mom Tamara tidak lagi menyumbang dalam tabung persaraan (seperti KWSP) setelah dia berhenti kerja 10 tahun yang lalu.

Tamara ada kawan yang buat part time ‘financial advisor’ yang mencadangkan supaya Tamara laburkan wang simpanan pelaburannya di dalam saham. Sebagai financial advisor kawannya mengikuti rapat perkembangan pasaran saham.

Kawannya ramalkan S&P 500 akan naik atas 2000 mata (tahun 2007) dan inilah masa yang terbaik untuk masuk dalam pasaran saham.

Tamara sign borang dan turunkan cap jari dengan anggapan tentu bagus ada kawan sebagai financial advisor.

Persoalannya, adakah Tamara mengambil kira prestasi pelaburan kawannya itu sendiri? Dia tidak terfikir untuk minta kawannya tunjukkan berapa banyak untung yang dia sendiri sudah dapat dengan pelaburan yang dicadangkannya itu.

Malangnya ramalan kawan baiknya itu meleset, dan akaun pelaburannya jatuh di bawah nilai asal. Pelaburannya di atas kertas sudah rugi. Tamara panik.

Tamara minta kawannya kalau boleh keluarkan pelaburannya dan letak di dalam yang lebih selamat. Kawannya akur dan tolong keluarkan semua pelaburan sahamnya (thus taking loss) dan beli bond yang paling stabil pada masa itu- General Motors.

Fast forward dalam beberapa tahun, General Motors mengalami masalah dan bond yang dibeli oleh Tamara tidak ada nilai lagi.

Ironinya, kalau kawannya pujuk dia untuk stay in the market bila saham jatuh pada tahun 2008 dulu, dia akan dapat untung berganda pada tahun 2014. (malah tahun 2019 lebih untung lagi)

Tetapi, disebabkan kelemahan kawannya itu, dia rugi sebahagian besar dana persaraan dalam pada dia begitu berhati-hati dengan pelaburannya.

Ulasan Saya

Penasihat kewangan Tamara salah dua kali ramalannya. Pertama salah ramal S&P melepasi 2000 mata, kedua salah ramal S&P tidak naik lagi selepas jatuh pada tahun 2008.

Pengalaman saya sebagai unit trust agent selama 14 tahun, terdapat dua jenis pelabur. Jenis yang pertama, dia buat tak tahu sahaja dengan pelaburannya, invest and wait.

Jenis kedua ialah yang gatal tangan untuk keluar masuk pelaburan dengan tanpa asas hanya emosi semata-mata, wait, invest, wait, hold, invest, wait and forget it lah.

Bukan orang lain, saya sendiri pun pernah jadi macam pelabur jenis kedua. Tetapi setelah beberapa mistake, saya sedar, pelabur jenis invest and wait lebih menguntungkan.

Tapi itu kenalah hadir penasihat yang boleh anda percayai dan dia sendiri pun melabur dalam produk yang dia cadangkan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, prestasi unit trust rata-ratanya lebih rendah daripada pulangan KWSP. Ada sebahagian yang panik dan keluarkan pelaburan mereka semula.

Tetapi yang jenis simpan sahaja dan bertahan lebih ramai. Kalau tidak, tentulah haru-biru pasaran saham disebabkan pelabur-pelabur jenis kedua. Pagi naik 80 mata, petang turun 90 mata sebelum naik 10 mata pada penutup.

Seperti Tamara yang tidak mendapat nasihat yang betul, mereka yang keluarkan pelaburan dalam unit trust dengan hanya disebabkan rugi atas kertas, bakal menerima nasib yang sama dengan Tamara.

Boleh nak keluaran pelaburan, tapi bukan dengan emosi. Itu saya cerita dalam artikel lain nanti.

Wassalam.

Elias Abllah

Nasihat Kewangan Yang Salah
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *